KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjangkakan tekanan semakin tinggi untuk mereka mencipta lebih banyak kejayaan selepas melakar sejarah menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, pada Ahad.
Aaron berkata mereka sememangnya menyedari bahawa pencapaian itu membuka mata banyak pihak terutama pihak lawan yang pastinya sedang merangka strategi untuk menyekat kemaraan gandingan Malaysia itu.
"Lepas ini akan lebih sukar, apabila menjadi juara semua pihak akan mula menganalisa permainan anda, kami harus lebih bersedia bagi menghadapi cabaran dari pihak lawan, terutama beregu yang sedang meningkat naik, yang sedang cuba menewaskan anda.
"Walaupun kami juara dunia sekarang, kami mesti terus fokus dan lebih bersedia untuk setiap kejohanan yang kami sertai," katanya pada sidang media secara dalam talian semalam.
Aaron-Wooi Yik menumpaskan juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-14, untuk menamatkan penantian 45 tahun Malaysia meraih gelaran di kejohanan dunia, sekali gus menjadi wakil negara pertama yang memenangi pertandingan berprestij itu.
BACA: Syabas Malaysia! Aaron-Wooi Yik muncul juara dunia
Dalam pada itu, Aaron berkata kejayaan memecahkan 'badi' terkandas di separuh akhir sebanyak enam kali tahun ini dengan mengalahkan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, memberi petanda bahawa tuah sememangnya milik mereka kali ini.
"Tuhan nak bagi kami rasa sakit dahulu, namun akhirnya membuka jalan bagi kami untuk menang gelaran pertama di Kejohanan Badminton Dunia," katanya.
Sejak digandingkan kali pertama pada 2017, Aaron-Wooi Yik belum pernah meraih sebarang gelaran individu sebelum mencipta sensasi melakukannya pada kejohanan dunia di Jepun, pada Ahad.
Menurut Wooi Yik, beliau tidak akan lupa saat-saat sukar yang diharungi mereka sebelum dimahkotakan sebagai juara dunia baharu di negara matahari terbit itu.
"Aksi di Sukan Komanwel tempoh hari di mana kami tewas di separuh akhir beri pengajaran berguna untuk bangkit dan kembali fokus ketika latihan, sehingga membuatkan kami dapat bermain bagus di Kejohanan Dunia," katanya.
Aaron-Wooi Yik gagal merangkul emas di Birmingham selepas tewas mengejut kepada pasangan tuan rumah, Ben Lane-Sean Vendy, 21-18, 17-21, 4-21 di peringkat separuh akhir.
Katanya, kejayaan itu didedikasikan buat Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky dan pembantu jurulatih Tan Bin Shen, yang tidak putus-putus memberi dorongan ketika menemani mereka di sisi gelanggang, sekali gus membantu mereka kekal fokus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Aaron (kanan) berkata mereka sememangnya menyedari bahawa pencapaian itu membuka mata banyak pihak terutama pihak lawan yang pastinya sedang merangka strategi untuk menyekat kemaraan gandingan Malaysia itu. - Foto Twitter/@BA_Malaysia
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Aaron-Wooi Yik terima ganjaran RM125,000 daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima RM125,000 seorang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.
Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.
Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.