awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul mahu Pearly-Thinaah bawa pulang lebih banyak kejayaan

Bernama
Bernama
12/10/2025
22:50 MYT
Tengku Zafrul mahu Pearly-Thinaah bawa pulang lebih banyak kejayaan
Tengku Zafrul menyifatkan prestasi naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu sebagai menakjubkan. - Foto Facebook/Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah membawa pulang lebih banyak kejayaan selepas menjuarai Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland, semalam.
Tengku Zafrul menyifatkan prestasi naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu sebagai menakjubkan selepas mudah menjinakkan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-7, 21-9 di Vantaan Energia Areena, sekali gus merangkul gelaran kedua musim ini.
"Semangat juang, fokus dan kerja keras yang dipamerkan terbukti membuahkan hasil. Teruskan momentum, bawa pulang lebih banyak kejayaan," katanya menerusi hantaran di laman X.
Pencapaian pada Ahad juga menebus kekecewaan beregu wanita nombor dua dunia itu yang tewas pada edisi lalu kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, 12-21, 17-21.
Pearly-Thinaah sebelum ini merangkul gelaran pertama musim ini pada Terbuka Thailand pada Mei, selain muncul naib juara pada Terbuka Jepun, Terbuka Indonesia dan Masters Indonesia.
SEJARAH TERUKIR DI FINLAND! Tahniah kepada wira-wira negara kita, Pearly Tan dan M. Thinaah, yang baru sahaja menjuarai Arctic Open! Kemenangan ini menjadikan mereka pasangan beregu wanita Malaysia PERTAMA yang menjulang trofi ini! Prestasi yang sangat menakjubkan! Semangat pic.twitter.com/J66WMlint7
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) October 12, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#Pearly Tan-M Thinaah
#BAM
#Terbuka Artik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan