awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka Perancis: Gelaran hatrik kobar keyakinan Iga Swiatek

Astro Arena
Astro Arena
11/06/2023
05:06 MYT
Tenis Terbuka Perancis: Gelaran hatrik kobar keyakinan Iga Swiatek
Iga Swiatek (gambar) meraikan kejayaan memenangi Terbuka Perancis mengalahkan Karolina Muchova, di stadium Roland Garros, Paris, 10 Jun 2023. (Foto AP)
IGA Swiatek mendapat keyakinan baru terhadap keupayaannya selepas mengatasi ranjau untuk menewaskan Karolina Muchova dan melengkapkan hatrik Terbuka Perancis, awal pagi tadi.
Pemain kelahiran Poland berusia 22 tahun itu mengukuhkan statusnya sebagai pemain wanita terbaik di dunia terutama di atas gelanggang tanah liat dengan gelaran ketiganya di Roland Garros dalam tempoh empat tahun.
Begitupun, dia masih perlu berhempas-pulas dalam pertemuan grand slam itu sebelum menyekat kebangkitan pemain bukan pilihan dari Republik Czech tersebut.
Muchova dua kali mendahului menerusi break tetapi Swiatek enggan mengalah sebelum akhirnya menang 6-2, 5-7, 6-4 selepas bertarung selama dua jam 46 minit.
"Saya berasakan segala emosi yang berbeza ini ketika ini," katanya.
NOW SHOWING Iga in Paris - Season 3 #RolandGarros| @iga_swiatek pic.twitter.com/Nup1DwWHF9
— Roland-Garros (@rolandgarros) June 10, 2023
"Ia agak jelas. Tetapi pertarungan ini benar-benar sengit, banyak detik jatuh bangun. Jadi saya cukup gembira bahawa pada akhirnya saya mampu beraksi hebat dalam beberapa perlawanan terakhir dan menamatkannya.
“Tetapi Karolina benar-benar beraksi dengan bagus. Ia adalah satu cabaran yang besar. Saya gembira dan sangat bangga dengan diri saya sendiri kerana saya dapat melakukannya.
"Kejayaan kali ini sedikit lebih sukar daripada segi kecederaan dan tekanan selain kembali ke kejohanan ini sebagai juara bertahan.
“Saya gembira kerana dapat menghayun pukulan di gelanggang tanah liat ini dengan baik dan selamat.
"Saya tidak akan meragui kekuatan sendiri lagi."
Topic Berkaitan
#tenis
#Iga Swiatek
#Terbuka Perancis
#Karolina Muchova
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan