awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Australia BWF: Lee Zii Jia sahkan tempat sebagai calon juara

Astro Arena
Astro Arena
15/06/2024
08:49 MYT
Terbuka Australia BWF: Lee Zii Jia sahkan tempat sebagai calon juara
Hanya selangkah lagi bagi mengesahkan perseorangan lelaki sensasi negara Lee Zii Jia sebagai juara di Terbuka Australia 2024. - Foto Stadium Astro
HANYA selangkah lagi bagi mengesahkan perseorangan lelaki sensasi negara Lee Zii Jia sebagai juara di Terbuka Australia 2024.
Zii Jia memulakan set pertama dengan goyah sekali, sehingga membenarkan lawan merampas set dengan 10-21 dari pelbagai kesilapannya sendiri.
Namun di set kedua menyaksikan sisi Zii Jia yang berlainan pula muncul, selain kesilapan demi kesilapan oleh lawannya dari Chinese Taipei iaitu Lee Chia Hao.
Penguasaan gelanggang yang cekap oleh Zii Jia memberi kelebihan 6 mata, sebelum Zii Jia menoktahkan kemenangan 21-15, sekali gus memaksa ke set penentuan.
Set ketiga tampak dominasi lebih memihak Zii Jia, dengan kelebihan 6 mata di interval, dan akhirnya harapan negara itu tidak menoleh ke belakang lagi untuk membenam dan membalas dendam kepada Chia Hao dengan skrip sama 21-10 dalam tempoh 56 minit perlawanan.
RESULTS: #AustralianOpen2024 SF#MAS Lee Zii Jia(3) def. #TPE Lee Chia Hao 10-21 21-15 21-10 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/IpVvD5WLah
— BAM (@BA_Malaysia) June 15, 2024
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Badminton Terbuka Australia
#mara ke final
#kalahkan Lee Chia Hao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan