Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Oktober 2026.

  1. Gangguan TuJu: LLM, PCSB giat pulih, tambah baik sistem

    Penambahbaikan meliputi kestabilan sistem, ketepatan maklumat, fungsi navigasi dan keupayaan aplikasi bagi memenuhi keperluan pengguna lebuh raya.

  2. Waze: Data ke negara haram, pertikaian di mahkamah Israel, terserah kepada pengguna - MKN

    Keputusan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan Waze bagi urusan rasmi dibuat susulan perubahan terma penggunaan aplikasi itu baru-baru ini.

  3. JKR sahkan tanah runtuh, rekahan 30 meter di Jalan Lojing-Gua Musang

    Runtuhan di Seksyen 84.15 itu membabitkan kawasan sepanjang 20 meter dengan kedalaman 30 meter.

  4. Penjawat awam berdepan tindakan disiplin jika langgar arahan penggunaan Waze - KP MKN

    Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berkuat kuasa serta-merta, kata  Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

  5. Malaysia teruskan usaha kesan 54 rakyat hilang di Nepal 

    Kedutaan Malaysia di Kathmandu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pusat pendaftaran pendaki untuk meneliti rekod perjalanan terakhir mangsa.

  6. Mahkamah benar PN gantung tindakan RoS batal pendaftaran parti

    Keputusan ini membolehkan PN bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 14 November.

  7. Zetrix AI Bhd masih belum lunas tunggakan RM314 juta - Loke

    Penggantungan perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI Bhd tidak menjejaskan urusan JPJ kerana pengguna boleh menggunakan aplikasi MyJPJ.

  8. Penangguhan pembayaran balik dilanjutkan kepada keluarga mangsa banjir Nepal-China - BNM

    Penangguhan pembayaran balik kini diperluaskan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat banjir di sepanjang sempadan Nepal-China, baru-baru ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

  9. Isu mafia korporat: Rafizi perlu kemuka bukti dakwaan - Ramanan

    Ramanan berkata dakwaan itu telah berlarutan selama enam hingga tujuh bulan, namun beliau mendakwa Rafizi masih belum mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan berkenaan.
  10. Hampir 7.7 juta rekod pengguna Waze didakwa dijual di 'dark web' - ClearPhish

    Seorang “pelaku ancaman” mendakwa menjual pangkalan data yang mengandungi butiran peribadi dan rekod lokasi rekod sistem penentu kedudukan global (GPS) masa nyata hampir 7.7 juta pengguna Waze di sebuah platform dark web, menurut firma keselamatan siber ClearPhish.


     

Must Watch Video

Advertisement