awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPM akan bentang pindaan akta wajibkan pendidikan menengah bulan depan
MALAYSIA
KPT pantau pelajar Malaysia di Iran
MALAYSIA
Kementerian Pertahanan sedia bantu bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Terbuka China: Yew Sin-Ee Yi mudah ke suku akhir

Bernama
Bernama
19/09/2024
12:15 MYT
Terbuka China: Yew Sin-Ee Yi mudah ke suku akhir
Pasangan beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka China 2024 hari ini. - Foto Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Pasangan beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka China 2024 hari ini.
Pada pusingan kedua kejohanan berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou, Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking ke-23 dunia tidak berdepan masalah mencatat kemenangan mudah ke atas beregu Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-19, 21-14 dalam tempoh 35 minit.
Ia sekali gus merupakan kemenangan ketiga buat Yew Sin-Ee Yii apabila pernah menewaskan pasangan itu pada dua pertemuan di pentas suku akhir tahun lepas.
Menanti Yew Sin-Ee Yi di pusingan suku akhir esok ialah pemenang aksi melibatkan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau Andreas Sondergaard-Jesper Toft dari Denmark.
Turut mengikut jejak langkah mereka, beregu lelaki negara yang baharu sahaja bergerak secara profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani setelah menewaskan rakan senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King 21-14, 25-23, sekali gus dijadual bertemu satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang terdahulu menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.
Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula menewaskan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand 21-16, 21-12 untuk menempah pertemuan dengan wakil tuan rumah Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka China
#beregu lelaki negara
#Ong Yew Sin
#Teo Ee Yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami