BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta kejutan apabila menewaskan gandingan pemenang Piala Thomas 2020 dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark sebentar tadi.
Berdepan beregu pilihan keempat kejohanan, pasangan negara bermula baik sejak awal permainan apabila meraih dua mata pertama dan sebaik kedudukan terikat 4-4, Nur Izzuddin dan Sze Fei tidak pernah ketinggalan sebelum memenangi set pertama 21-18.
Perlawanan menjadi semakin sengit dalam set kedua, di mana kedua-dua beregu saling berkejaran mata sehingga satu ketika Nur Izzudin dan Sze Fei ketinggalan 8-12.
Bagaimanapun, rentak konsisten yang dipamerkan -- selain siri kesilapan mudah yang dilakukan pihak lawan -- pasangan negara itu menamatkan cabaran selama 34 minit berkenaan dengan kemenangan 21-17 dalam set kedua.
Astro Arena
Fri Oct 22 2021
Atlet negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani ketika beraksi menentang Kim Duk Young dan Kim Sa Rang dari Korea dalam beregu lelaki pada pusingan kelayakan Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Master 2020 pada Januari lalu. - fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Terbuka Denmark: Beregu negara Nur Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan tumbangkan beregu Indonesia
Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, mencipta kejutan apabila menewaskan gandingan pemenang Piala Thomas 2020, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, untuk mara ke separuh akhir.