SPORTS
Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir

Pearly Tan-M. Thinaah, selaku harapan tunggal negara tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, awal pagi tadi.
SELEPAS Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan suku akhir, giliran beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, selaku harapan tunggal negara juga tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya, awal pagi tadi.
Pilihan keempat kejohanan, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, menggagalkan hasrat wakil negara tersebut dalam pertembungan straight set 22-20, 21-19 dalam tempoh 57 minit dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense.
Pertemuan kelima itu menyaksikan pihak lawan berjaya meraih kemenangan sulung mereka keatas Pearly-Thinaah selepas empat kekalahan dalam kejohanan sebelum ini. - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami