Terbuka Denmark: Tang Jie-Ee Wei tempah slot separuh akhir

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 selepas mengetepikan cabaran gandingan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi suku akhir hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 selepas mengetepikan cabaran gandingan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi suku akhir hari ini.
Pada pertembungan di Jyske Bank Arena, Odense, pilihan keempat kejohanan itu hanya mengambil tempoh 38 minit untuk merakamkan kemenangan 21-17, 21-11 ke atas pilihan kelapan itu.
Menanti jaguh dunia itu di separuh akhir adalah antara pilihan utama kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin atau Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark.
Dalam pada itu, perjuangan pasangan beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong berakhir selepas tewas kepada juara bertahan yang juga pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 19-21, 18-21.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami