awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padang Merbok dibuka sepenuhnya, kembali menjadi milik rakyat
Ismail Sabri mahu agenda penyatuan Ahmad Zahid dilaksana dengan ikhlas, jujur
Perdana Menteri Republik Czech menang undi percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Denmark: Xin Yee-Carmen tewas kepada pasangan Korea Selatan

Bernama
Bernama
17/10/2025
03:20 MYT
Terbuka Denmark: Xin Yee-Carmen tewas kepada pasangan Korea Selatan
Perjalanan pasangan beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting pada Terbuka Denmark 2025 berakhir selepas tewas kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada pusingan kedua di Odense pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Perjalanan pasangan beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting pada Terbuka Denmark 2025 berakhir selepas tewas kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada pusingan kedua di Odense pada Khamis.
Walaupun bermula dengan baik apabila menang set pertama menentang pilihan ketiga itu 21-19, Xin Yee-Carmen tewas pada dua set seterusnya 10-21, 7-21 dalam tempoh 57 minit semasa kejohanan Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena.
Dalam aksi suku akhir hari ini, Hye Jeong-Hee Yong akan menentang rakan senegara Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo yang menyingkirkan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-11, 17-21, 21-7.
Harapan Malaysia kini terletak kepada juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan menentang rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bagi penentuan tempat ke separuh akhir.
Beregu lelaki profesional negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong juga berpeluang merebut tempat ke separuh akhir dalam perlawanan menentang pilihan kelima Liang Wei Keng-Wang Chang dari China hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Denmark
#Xin Yee-Carmen
#beregu wanita negara
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan