SUKAN
Terbuka Hong Kong: Aaron-Wooi Yik tamat cabaran di pusingan pertama

Bulan lepas, Aaron-Wooi Yik turut dikecewakan selepas terkandas di suku akhir Kejohanan Dunia di Paris. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cabaran beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 berakhir seawal pusingan pertama selepas dikejutkan gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy, semalam.
Pilihan utama kejohanan itu gagal menampilkan prestasi terbaik apabila tunduk 13-21, 13-21 dalam tempoh hanya 28 minit kepada pasangan ranking ke-15 dunia di Hong Kong Coliseum.
Ia sekali gus menyaksikan pasangan ranking lima dunia itu mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Lane-Vendy, selepas turut tewas pada Terbuka Artik 2024.
Bulan lepas, Aaron-Wooi Yik turut dikecewakan selepas terkandas di suku akhir Kejohanan Dunia di Paris.Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mengikut jejak rakan sepasukan apabila tersingkir selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 24-22, 20-22, 17-21.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami