awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Hong Kong: Cabaran Jun Hao tersekat di suku akhir

Bernama
Bernama
12/09/2025
15:45 MYT
Terbuka Hong Kong: Cabaran Jun Hao tersekat di suku akhir
Dalam aksi suku akhir di Hong Kong Coliseum, pemain ranking ke-23 dunia itu memaksa Shi Feng mengerah keringat sebelum akur tewas 20-22, 21-14, 20-22 dalam tempoh sejam 18 minit. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2025 tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kedua kejohanan dari China Li Shi Feng, hari ini.
Dalam aksi suku akhir di Hong Kong Coliseum, pemain ranking ke-23 dunia itu memaksa Shi Feng mengerah keringat sebelum akur tewas 20-22, 21-14, 20-22 dalam tempoh sejam 18 minit.
Kekalahan itu merupakan yang keenam buat Jun Hao dalam tujuh pertemuan mereka setakat ini, sekali gus menutup kempen perseorangan lelaki negara di kejohanan Super 500 berkenaan.
Esok, Shi Feng akan bertemu pemain Perancis Christo Popov pada perlawanan separuh akhir.
Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut kandas di suku akhir selepas disingkirkan wakil China yang juga pilihan kedua kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 16-21, 10-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran
#suku akhir
#Terbuka Hong Kong 2025
#Kandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan