awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah atasi cabaran Indonesia, mara ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
13/09/2024
08:45 MYT
Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah atasi cabaran Indonesia, mara ke separuh akhir
Pasangan negara itu bakal berdepan Baek Ha-na-Lee So-hee dari Korea Selatan dan menjadi perlawanan ulangan final Terbuka Korea Selatan tempoh hari. - Stadium Astro
BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, berjaya mengatasi tentangan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon hari ini.
Pearly-Thinaah mara ke perlawanan suku akhir selepas menewaskan wakil tuan rumah, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan, dalam tempoh memerlukan 30 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-16, 21-14.
Atas kertas, gandingan Malaysia itu memiliki rekod pertemuan yang lebih baik, meraih tiga kemenangan dalam empat pertemuan terdahulu.
Dalam set pertama, corak permainan yang seimbang dipamerkan kedua-dua regu di awal permainan, sebelum Pearly-Thinah mengorak langkah mendahului 11-9 sebelum menoktahkan kemenangan 21-14.
Dalam set kedua, skrip sama dipamerkan Pearly-Thinaah, apabila berjaya sekali lagi mendahului 11-9, sebelum mereka menoktahkan kemenangan 21-13 untuk melangkah ke separuh akhir.
Mereka bakal berdepan Baek Ha-na-Lee So-hee dari Korea Selatan dan menjadi perlawanan ulangan final Terbuka Korea Selatan tempoh hari. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#beregu wanita Malaysia
#Pearly Tan-M Thinaah
#badminton Terbuka Hing Kong
#mara ke separuh akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan