awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah lolos ke suku akhir

Bernama
Bernama
11/09/2025
08:35 MYT
Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah lolos ke suku akhir
Pearly Tan-M.Thinaah menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilyssa Trias Puspitasari 21-18, 21-17 dalam masa 38 minit. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025.

Ringkasan AI
  • Pearly Tan-M. Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong 2025 selepas menewaskan beregu Indonesia Febriana-Meilyssa 21-18, 21-17 dalam masa 38 minit.
  • Beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir kepada pasangan Taiwan, manakala Wan Arif-Yap Roy King mara untuk bertemu gandingan India, Satwiksairaj-Chirag.
  • Perseorangan lelaki Aidil Sholeh kandas selepas tewas kepada pilihan keenam kejohanan, Christo Popov dari Perancis.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, pilihan kedua kejohanan yang juga juara bertahan itu menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilyssa Trias Puspitasari 21-18, 21-17 dalam masa 38 minit.
Menanti ranking kedua dunia itu sama ada rakan senegara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing atau gandingan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 17-21, 21-11, 15-21.
Terdahulu, beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut mara selepas menyingkirkan gandingan senegara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri 21-17, 21-19, sekali gus akan bertemu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Aidil Sholeh Ali Sadikin pula kandas selepas tunduk kepada pilihan keenam kejohanan dari Perancis, Christo Popov 17-21, 19-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pearly Tan-M Thinaah
#badminton Terbuka Hong Kong
#mara ke suku akhir
#kalahkan pasangan Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan