awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik bangkit penuh bergaya untuk ke final

Astro Arena
Astro Arena
21/01/2023
16:47 MYT
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik bangkit penuh bergaya untuk ke final
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India pada Sabtu. - Stadium Astro
BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempamerkan kebangkitan gemilang untuk menewaskan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.
Gandingan juara dunia negara itu pada awalnya kelihatan berdepan masalah keyakinan sepanjang set pertama, di mana mereka jauh ketinggalan 6-16 sebelum tewas 11-21.
Bagaimanapun, permainan sebenar Aaron dan Wooi Yik hanya bermula dalam set kedua, di mana mereka tidak pernah ketinggalan selepas menyamakan kedudukan 8-8 sebelum mengungguli set berkenaan dengan kemenangan 21-15 untuk mengheret aksi ke set penentuan.
Kejayaan itu jelas memacu keyakinan pasangan negara berkenaan dalam set ketiga, di mana mereka mempamerkan persefahaman jitu sesama sendiri untuk memungut mata-demi mata, sekali gus menamatkan pertarungan selama 53 minit itu dengan kemenangan 21-16.
Aaron dan Wooi Yik seterusnya akan menantikan pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir di antara beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, dan gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, bagi perebutan kejuaraan esok.
Topic Berkaitan
#badminton
#Terbuka India
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan