awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
17/01/2024
13:58 MYT
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki utama negara itu dipaksa berkerja keras untuk mara ke pusingan kedua Terbuka India setelah menundukkan wakil Jepun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa berkerja keras untuk mara ke pusingan kedua Terbuka India setelah menundukkan wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Saito pada pusingan pertama kejohanan itu di New Delhi, hari ini.
Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keempat dunia, menampilkan persembahan seimbang pada awal permainan bagi melakar kemenangan set pertama 21-9 pada perlawanan yang berlangsung di K.D Jadhav Indoor Hall itu.
Koga-Saito bangkit dengan menjinakkan beregu negara 21-19 pada set kedua sebelum beregu negara menoktahkan kemenangan di set penentuan dengan 21-14.
Pada pusingan kedua esok, Aaron-Wooi Yik akan berdepan satu lagi beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura yang menewaskan wakil tuan rumah, Krishna Prasad-Sai Pratheek 21-14, 21-11.
Mengiringi kemaraan mereka, perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia selepas mudah menundukkan wakil Kanada, Brian Yang dengan straight set 21-17 dan 21-19.
Menanti Zii Jia di pusingan kedua adalah pilihan kelima dari Indonesia, Jonatan Christie yang mudah menewaskan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 21-13, 21-7.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengetepikan cabaran beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura 21-11 dan 21-5 dalam pertarungan 30 minit.
Gandingan negara yang kembali bergandingan pada Jun lalu itu akan bertemu beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut sama melangkah ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan wakil Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 14-21, 21-11, 21-11.
Mereka dijadual bertemu gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-SapsireeTaerattanachai.
Bagaimanapun, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terkandas pada pusingan pertama itu di tangan gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 7-21 dan 12-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka India
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#badminton
#Lee Zii Jia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan