awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Bernama
Bernama
16/06/2023
15:40 MYT
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Ketika ditemui selepas perlawanan itu, Aaron berkata mereka bermain secara tenang dan mengekalkan 'game plan' untuk menang. - Gambar Bernama
JAKARTA: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir.
Pada aksi suku akhir hari ini di Istora Senayan di sini, pasangan ketiga dunia itu menang straight set 21-10, 21-15 menewaskan beregu Jepun Akira Koga-Taichi Saito dalam tempoh 41 minit.
Ketika ditemui selepas perlawanan itu, Aaron berkata mereka bermain secara tenang dan mengekalkan 'game plan' untuk menang.
Menanti di separuh akhir esok ialah beregu tuan rumah Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.
Ditanya mengenai peluang mereka pada aksi separuh akhir, Wooi Yik berkata: "Kami perlu meningkatkan fokus kerana di separuh akhir, semua pemain adalah terbaik.
"Pasti tidak mudah untuk semua dan kalau kami tidak bersedia, keputusan pasti tidak akan baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Separuh Akhir
#Terbuka Indonesia
#tuan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan