awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing tidak sangka tamat kemarau lima tahun

Astro Arena
Astro Arena
10/04/2022
20:40 MYT
Terbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing tidak sangka tamat kemarau lima tahun
Aksi Kian Meng-Pei Jing selepas menewaskan Ko Sung Hyun-Eom Hye Won di Stadium Palma, Suncheon semalam. - Foto Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM
BEREGU campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tidak sangka dapat menamatkan kemarau kejuaraan selama lima tahun apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Korea di Stadium Palma, Suncheon semalam.
Gandingan di ranking kesepuluh dunia itu hanya memerlukan 50 minit untuk menewaskan pasangan tuan rumah, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won, 21-15, 21-18 dalam aksi final berkenaan.
Sebagai rekod, ini merupakan final kedua Jelajah Dunia BWF buat Kian Meng-Pei Jing selepas bergelar naib juara Terbuka Singapura pada 2019.
Kali terakhir mereka bergelar juara kejohanan kompetitif adalah dalam Masters Malaysia 2017.
BACA: Badminton: Kian Meng-Pei Jing tamatkan kemarau, juarai Terbuka Korea
Kian Meng, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, berkata: "Memang gembira dan teruja kerana sudah lama kami tidak bergelar juara dan selepas sekian lama bergelar pemain profesional, baru kali ini kami bergelar juara.
"Dalam set pertama, kami agak bergelut sedikit tetapi selepas kami mengubah strategi, ia mula memihak kami."
Topic Berkaitan
#badminton
#Tan Kian Meng-Lai Pei Jing
#Terbuka Korea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan