awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Tempoh had PM: Selagi layak, dia boleh jalankan tugas - Hadi Awang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025

Bernama
Bernama
08/01/2026
08:45 MYT
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah gagal mengulangi kejayaan pada Sukan SEA 2025 di Thailand selepas tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026, susulan kekalahan kepada pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari di hadapan penyokong tuan rumah di Axiata Arena di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026 selepas kalah kepada pasangan Indonesia, gagal mengulangi kejayaan meraih emas Sukan SEA 2025.
  • Meskipun kecewa dengan kekalahan, Pearly menyatakan kemenangan dan kekalahan adalah biasa dalam sukan, sementara Thinaah memohon maaf kepada penyokong dan yakin mereka akan bangkit lebih kuat selepas ini.
  • Sebelum ini, Pearly-Thinaah mempunyai rekod sempurna menentang pasangan Indonesia tersebut tetapi kali ini mereka tewas, memutuskan harapan untuk menyamai kejayaan legenda Teoh Siew Yong-Rosalind Singha Ang pada 1965.

Pada Sukan SEA 2025, Pearly-Thinaah meraih pingat emas selepas menewaskan pasangan Indonesia yang sama pada perlawanan akhir, namun skrip berbeza berlaku di tanah air sendiri.
Dalam pertemuan itu, pasangan nombor dua dunia Pearly-Thinaah ketinggalan 1-11 pada set pembukaan sebelum tewas dalam pertarungan sengit 24-26 manakala mereka gagal bangkit pada set kedua apabila kecundang 17-21 dalam masa 54 minit menentang pasangan menduduki ranking ke-60 dunia itu.
"Sudah tentu ada kekecewaan tetapi menang dan kalah perkara biasa bagi atlet. Mereka membuat persiapan yang sangat baik untuk hari ini dan mereka bermain lebih baik daripada kami.
"Ini adalah sesuatu yang perlu kami terima dan kembali berbincang bagaimana kami boleh mengubah serta memperbaiki corak permainan kami," kata Pearly selepas perlawanan itu.
Thinaah bagaimanapun memohon maaf kepada para penyokong yang memenuhi Axiata Arena, terutama mereka yang datang dari jauh untuk memberikan sokongan, sambil menyuarakan keyakinan pasangan itu akan bangkit lebih kuat selepas ini.
"Saya fikir ini adalah sesuatu yang perlu kami pelajari sebagai atlet. Sudah pasti kami yakin kami boleh bangkit daripada keadaan ini. Saya gembira kerana mempunyai Pearly di sisi saya, jadi kami akan saling menyokong dan mengingatkan antara satu sama lain untuk mendapatkan kembali keyakinan kami," katanya.
Sebelum kekalahan hari ini, Pearly-Thinaah mencatat rekod sempurna menentang pasangan Indonesia itu dengan memenangi kesemua empat pertemuan terdahulu, termasuk perebutan pingat emas pada Sukan SEA 2025.
Kali terakhir beregu wanita negara menjuarai Terbuka Malaysia adalah pada 1965 menerusi gandingan legenda Teoh Siew Yong-Rosalind Singha Ang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pearly Tan
#M Thinaah
#Terbuka Malaysia 2026
#Sukan SEA 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan