KUALA LUMPUR: Perenang muda Khiew Hoe Yean memecahkan satu lagi rekod acara 800 meter gaya bebas kebangsaan dan kejohanan dalam Terbuka Malaysia ke-63 di Pusat Akuatik Nasional, pada Ahad.
Perenang berusia 19 tahun itu yang merupakan peserta tunggal, mencatatkan masa lapan minit dan 06.00 saat (8:06.00s) untuk memadamkan rekod wakil Olimpik negara Welson Sim yang mencatat masa 8:09.77s di Kejohanan Renang Terbuka Victoria pada Februari 2019.
Pencapaian semalam juga membantu perenang Kuala Lumpur itu memadamkan rekod kejohanan 8:12.11s oleh Srihari Nataraj dari India pada 2019, selain berada di bawah Masa Pilihan Olimpik (OST) pada 8:08.54s, menghampiri Masa Kelayakan Olimpik (OQT) pada 7:54.31s.
"Ini kali pertama saya berenang dalam acara 800m gaya bebas, jadi ia merupakan ketika dan masa yang baik.
"Tetapi sebelum saya berenang, Saya yakin saya mampu bergerak pantas kerana saya rasa hebat semasa memanas badan dan saya beraksi cemerlang dan memecahkan rekod. Sejujurnya saya menyasarkan rekod itu sebelum saya terjun," katanya kepada Bernama.
Hoe Yean juga mencatat masa di bawah 1:50.23s OST dalam acara 200m gaya bebas lelaki semalam untuk memenangi acara itu dengan masa 1:49.38s, masing-masing mengalahkan pemegang rekod Welson (1:50.64s) di tempat kedua dan Low Zheng Yong (1:56.28s) di tempat ketiga.
Pada Sabtu, Hoe Yean memecahkan rekod kebangsaan berusia 23 tahun, 200m kuak lentang dengan mencatatkan masa 2:00.80s memadamkan rekod 2:00.94s bekas bintang negara Alex Lim Keng Liat.
Setakat ini, Hoe Yean telah melepas OST dalam acara 200m, 400m, 800m gaya bebas dan 200m acara kuak lentang, sementara Welson dan Phee Jing En masing-masing melepasi OST dalam 400m gaya bebas lelaki dan 100m kuak dada wanita.
Hanya perenang yang memenuhi OQT dalam acara masing-masing menjelang 27 Jun dijamin slot di Olimpik. Dalam kes acara 200m acara kuak lentang, OQT ialah 1:57.50s.
Perenang juga boleh layak di bawah OST, berdasarkan penglibatan universal bermakna sesebuah negara tanpa wakil yang layak ke Olimpik akan dibenarkan untuk menyertai dengan hanya seorang perenang lelaki dan seorang perenang wanita ke Sukan Olimpik Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021

Hoe Yean juga mencatat masa di bawah 1:50.23s OST dalam acara 200m gaya bebas lelaki. - Foto Sinar Harian

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM
Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Peguam Negara tolak representasi kedua pemilik Crackhouse Comedy Club gugur 3 pertuduhan - Peguam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Tindakan MP Pendang bandingkan saya dengan Tun M tidak masuk akal - Anwar
Tindakan tersebut didorongi oleh niat jahat yang jelas dan nyata serta semua rujukan kepada Dr Mahathir tidak sepatutnya dibuat oleh defendan (Awang Solahuddin).

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini
Mahkamah Tinggi memaklumkan nasib bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu bakal ke tali gantung atau sebaliknya bakal diketahui 17 Julai ini.

Masih boleh bersabar dengan Zii Jia - Hamidin
Datuk Hamidin berkata peluang perlu terus diberikan kepada Zii Jia, yang diibaratkan sebagai aset kontinjen negara di Paris.

Wei Chong-Kai Wun ada peluang ke Olimpik Paris - Bin Shen
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang merebut slot Sukan Olimpik 2024 sekiranya mampu mengekalkan prestasi di Masters Malaysia 2023.

Malaysia patut lawan Vietnam kejar tiga teratas, bukan Singapura
Mohamad Norza berkata sekiranya Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan, pada hakikatnya ia bukanlah satu keputusan yang boleh diagungkan.

Belum masanya isi kekosongan CEO ABM - Chong Wei
Lee Chong Wei berkata beliau belum memikirkan soal mengisi kekosongan selaku CEO ABM bagi menggantikan Michelle Chai yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Nur Ameer akan wakili negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia, Berlin
Seorang remaja yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran, Nur Ameer Muqsiq, 19, akan mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Sukan SEA 2023: Saiful Bahri Musmin sumbang pingat emas keenam
Atlet petanque Saiful Bahri Musmin menyumbangkan pingat emas keenam buat negara dalam acara singles lelaki pada Sukan SEA 2023 hari ini.

Pamer aksi konsisten buru mata kelayakan ke Olimpik 2024 - Norza
Pihaknya sentiasa memberikan sokongan sewajarnya tanpa mengira sama ada pemain bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.

Azeem makin hampiri kelayakan Sukan Olimpik
Azeem Fahmi kekal positif di sebalik catatan 10.14 saat di Florida, Amerika Syarikat semalam diganggu tiupan angin.

Hati-hati Zii Jia
Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia memulakan kempen musim ini dengan prestasi suram apabila tersingkir awal di Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

Sukan SEA: Sharmendran dipilih bawa Jalur Gemilang di Kemboja - MOM
Antara sebab Sharmendran dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara tersebut adalah kerana atlet berusia 30 tahun itu merupakan prospek emas negara kali ini.