UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.

Astro Arena
Thu Jan 09 2025
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Wakil negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu hanya memerlukan tempoh 30 minit untuk mengatasi Che Lu-En-Tzu. - Stadium Astro
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya selepas menyingkirkan lawan dari Taiwan, Ming Che Lu-Hung En-Tzu, di Axiata Arena, hari ini.

Wakil negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu hanya memerlukan tempoh 30 minit untuk mengatasi Che Lu-En-Tzu, dalam aksi straight set, 21-8, 21-14, sekali gus mengulangi pencapaian pada edisi 2024 dalam kejohanan berstatus Super 1000 itu.

Tang Jie- Ee Wei bermula baik dalam set pertama apabila mendahului dengan 7-1, momentum Toh Ee Wei yang agresif menjaga bahagian hadapan jaring dan menyerang menyukarkan beregu lawan untuk bersaing untuk menang 21-8.

Percaturan lawan dari Taiwan yang dilihat gugup dengan kehadiran penyokong negara yang memenuhi venue pertandingan itu serba tidak menjadi hingga kerap melakukan 'unforced error' dalam set pertama.

Wakil negara yang turut dikenali dengan gelaran 'The Little Gangsters' itu tidak berdepan masalah meneruskan rentak permainan baik untuk menyingkirkan lawan di ranking ke-50 dunia itu 21-14.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan berdepan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dalam aksi suku akhir esok. -- Stadium Astro



#Terbuka Malaysia 2025#beregu campuran negara#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei#mara ke suku akhir#terkini
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois

Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois

Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan

Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan

Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah

Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman

Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman

Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid

Hakim tolak permohonan Naimah Khalid

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung

Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung

Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik

Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik

Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik

Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik

Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.
Perkembangan positif' untuk rundingan fasa kedua - Qatar

Perkembangan positif' untuk rundingan fasa kedua - Qatar

Qatar pada Selasa melaporkan adanya "perkembangan positif" untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas
Amerika Syarikat dan Rusia komited akhiri perang di Ukraine

Amerika Syarikat dan Rusia komited akhiri perang di Ukraine

Kata sepakat itu tercapai antara Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Marco Rubio selepas perbincangan peringkat tinggi yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae

Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae

Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan

Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan

Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir, sertai Soon Huat-Shevon

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir, sertai Soon Huat-Shevon

Pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2025.
Vivian Hoo akhiri karier lebih sedekad di Terbuka Malaysia 2025

Vivian Hoo akhiri karier lebih sedekad di Terbuka Malaysia 2025

Suasana bertukar hiba apabila peminat berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan ketika pemain itu beredar.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia

Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia

Ketiadaan pemain profesional negara Lee Zii Jia membuatkan tumpuan kini beralih kepada Leong Jun Hao untuk menggalas harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Malaysia 2025.
Roy King-Arif sedia hadapi Terbuka Malaysia 2025

Roy King-Arif sedia hadapi Terbuka Malaysia 2025

Roy King tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat, sambil menyifatkan ia memberi suntikan motivasi untuk beraksi lebih baik.
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran

Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran

Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.