awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Perancis: Daniil Medvedev tersingkir di pusingan pertama

Astro Arena
Astro Arena
31/05/2023
02:30 MYT
Terbuka Perancis: Daniil Medvedev tersingkir di pusingan pertama
Pemain Rusia Daniil Medvedev (kiri) bersalam dengan pemain Brazil Thiago Seyboth Wild selepas perlawanan mereka dalam Terbuka Perancis di Roland Garros. - Foto AP
PILIHAN kedua, Daniil Medvedev adalah mangsa besar pertama Terbuka Perancis selepas tewas dalam lima set kepada pemain kelayakan Brazil, Thiago Seyboth Wild, dalam pusingan pembukaan.
Di gelanggang tempat pemain hebat Brazil, Gustavo Kuerten, menjulang Coupe des Mousquetaires tiga kali, Seyboth Wild yang berusia 23 tahun menggembirakan penonton Philippe Chatrier dengan kualiti tenis yang dipamerkan.
Selepas memenangi set pembukaan, dia kelihatan telah meledakkan peluangnya apabila dia gagal menggunakan kelebihan 6-4 pada tie-break set kedua susulan gagal menyempurnakan pukulan overhead.
Twists and turns Qualifier Thiago Seyboth Wild makes an emphatic entrance to his first #RolandGarros main draw appearance, knocking out No.2 seed Medvedev 7-6(5), 6-7(6), 2-6, 6-3, 6-4. pic.twitter.com/awnQzXHbFs
— Roland-Garros (@rolandgarros) May 30, 2023
Pemain Russia itu juga memenangi set ketiga dengan selesa tetapi Seyboth Wild bangkit dengan cemerlang pada yang keempat dan mematahkan servis Medvedev tiga kali pada set penentuan untuk menang 7-6 (5), 6-7 (6), 2-6, 6-3, 6-4 , merangkul kemenangan grand slam pertamanya.
Seyboth Wild yang berada di ranking ke-172 dunia, berkata, “Saya telah menyaksikan Daniil bermain sepanjang karier saya. Saya sentiasa bermimpi untuk bertemu pemain ini di gelanggang ini. Dalam impian terbaik saya, saya mengalahkan mereka, jadi ia telah menjadi kenyataan.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Daniil Medvedev
#Terbuka Perancis
#Thiago Seyboth Wild
#pusingan pembukaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan