awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Singapura: Aaron Chia-Wooi Yik dinobat juara, rangkul gelaran ketiga musim ini

Astro Arena
Astro Arena
01/06/2025
11:57 MYT
Terbuka Singapura: Aaron Chia-Wooi Yik dinobat juara, rangkul gelaran ketiga musim ini
Misi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memburu kejuaraan ketiga musim ini tercapai selepas menumbangkan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, sebentar tadi. - Stadium Astro
MISI beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memburu kejuaraan ketiga musim ini tercapai selepas menumbangkan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, sebentar tadi.

Ringkasan AI
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Korea Selatan untuk meraih kejuaraan ketiga musim ini.
  • Mereka bangkit selepas tewas set pertama dan menang dalam aksi sengit tiga set.
  • Kemenangan ini dicapai dalam masa 1 jam 5 minit di Stadium Tertutup Singapura.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu berakhir dalam tempoh 1 jam lima minit menerusi aksi rubber set 15-21,21-18, 21-19.
Set pertama menyaksikan wakil negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu terpaksa akur apabila tewas 15-21 dalam tempoh 17 minit selepas kerap terperangkap dalam permainan di hadapan jaring.
Begitupun, set kedua berlansung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berkejaran mata, namun kelebihan berpihak kepada Aaron-Wooi Yik, dengan kemenangan 21-18 untuk mengheret pihak lawan yang merupakan pilihan kelima kejohanan itu ke set penentuan.
Meskipun menerima saingan sengit, namun anak buah Herry Iman Pierngadi terus konsisten dengan momentum permainan yang kemas untuk menewaskan Won Ho-Seung Jae, 21-19 sekali gus menoktahkan kejuaraan ketiga musim ini.
Topic Berkaitan
#Terbuka Singapura
#badminton
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan