awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik 'mandi peluh' sebelum mara ke final

Bernama
Bernama
31/05/2025
16:30 MYT
Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik 'mandi peluh' sebelum mara ke final
Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus mempamerkan aksi konsisten apabila mara ke pentas final buat kali keempat berturut-turut musim ini selepas menundukkan gandingan utama India dalam aksi separuh akhir Terbuka Singapura 2025, malam ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus mempamerkan aksi konsisten apabila mara ke pentas final buat kali keempat berturut-turut musim ini selepas menundukkan gandingan utama India dalam aksi separuh akhir Terbuka Singapura 2025, malam ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, pasangan No. 3 dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 19-21, 21-10, 21-18 dalam pertarungan selama 64 minit.
Kejayaan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang selepas mara ke final Kejohanan Badminton Asia (ABC) pada Mac, Terbuka Thailand (18 Mei) dan Masters Malaysia minggu lalu.
Pasangan negara kini selangkah lagi untuk merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara di ABC dan Terbuka Thailand.
Dalam aksi final esok, mereka akan berdepan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang menempah slot ke pentas akhir selepas menundukkan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 21-16.
Sementara itu, Wooi Yik menyifatkan aksi separuh akhir menentang pasangan India sebagai perlawanan berkualiti tinggi yang menuntut tumpuan sepenuhnya sepanjang permainan.
Beliau berkata mereka tidak boleh leka walaupun mendahului kerana lawan memiliki pelbagai strategi dan setiap mata amat kritikal.
"Saya rasa setiap mata amat penting untuk kami. Walaupun hanya mendahului satu atau dua mata, kami tidak boleh hilang fokus kerana mereka mempunyai banyak strategi dan setiap pukulan boleh menjadi penentu," katanya menerusi rakaman audio Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikongsikan kepada media.
Dalam pada itu, Aaron berkata fokus mereka kini adalah untuk memberi aksi terbaik dalam final esok, dengan menekankan kepentingan pemulihan dan rehat secukupnya.
"Perkara paling penting sekarang ialah berehat dan pulih sepenuhnya menjelang perlawanan. Kami tahu ia bukan tugas mudah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Singapura
#badminton
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan