Terbuka Thailand: Zii Jia mampu cipta kejutan, kata Roslin

Astro Arena
Januari 4, 2021 23:40 MYT
Roslin berharap tiada lagi alasan untuk wakil negara tersingkir awal setelah tiada penglibatan China dan Jepun di Terbuka Thailand yang bakal bermula 12 Januari ini. - Gambar fail Sinar Harian
BUKAN sengaja mahu menggembar-gemburkan aksi Lee Zii Jia sebelum berjuang, namun bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, menganggap Zii Jia sebagai antara pemain yang berbahaya dan mampu mencipta kejutan biarpun sekadar diletakkan sebagai pilihan kelapan Terbuka Thailand.
Pencabar yang bakal ditentang Zii Jia pernah ditundukkannya sebelum ini, sekali gus ia bakal memberikan kelebihan psikologi buat anak jati Kedah itu apabila turun ke gelanggang.
"Saya mengharapkan keputusan positif dalam Terbuka Thailand kali ini. Ketiadaan wakil Jepun dan China membuka peluang untuk meraih kejuaraan di sana," kata Roslin.
BACA: Terbuka Thailand: Skuad Malaysia teruja kembali ke pentas antarabangsa
BACA: Terbuka Thailand: Momota positif COVID-19, pasukan Jepun tarik diri
BACA: Positif COVID-19, Wong Choong Hann lega atlet negara tetap ke Bangkok
Badminton: Lee Zii ada peluang ke final Terbuka Thailand
Sementara itu, Roslin berharap tiada lagi alasan untuk wakil negara tersingkir awal setelah tiada penglibatan China dan Jepun di Terbuka Thailand yang bakal bermula 12 Januari ini.
Dia juga berasakan ini peluang keemasan buat kem badminton Malaysia untuk mara sejauh yang mungkin memandangkan beberapa pemain sedang berusaha mengukuhkan kedudukan untuk layak beraksi di saingan akhir Jelajah Dunia BWF 27 Januari ini.
"Ini merupakan kejohanan pertama dalam tempoh COVID-19 dan ia harus digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan keputusan positif oleh barisan pemain negara."
#wakil negara #tersingkir awal #badminton #Terbuka Thailand #Jepun #China #Roslin Hashim #Lee Zii Jia #peluang keemasan #Jelajah Dunia BWF #BWF