BERSEMPENA sambutan 1 Syawal semalam, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memohon maaf zahir dan batin buat mana-mana peminat bola sepak tempatan seandainya beliau ada tersinggung perasaan mereka.
TMJ juga mengharapkan agar kesemua peminat bola sepak tempatan dapat terus memberikan sokongan kerana arena bola sepak negara sedang berada di landasan yang tepat untuk mengorak kemajuan dari semasa ke semasa.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, TMJ berkata: "Yang pertama sekali, saya tahu saya lantang bersuara, jika saya ada secara tidak sengaja tersinggung hati mana-mana peminat, saya menyampaikan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
"Teruskan memberikan sokongan kepada bola sepak tanah air kerana kita sedang berada di landasan yang betul ketika ini.
"Kalau kita lihat pasukan kebangsaan kita, liga yang semakin menarik dan rancak, teruskan sokongan tersebut kerana kita sedang berada di landasan yang betul untuk menjadi lebih maju.
"Saya dapat lihat banyak kemajuan dan saya berharap akan ada lebih banyak kemajuan pada masa akan datang," kata Tunku Ismail.
Ditanya mengenai cuti raya yang diberikan JDT buat barisan pemainnya, TMJ berkata: "Selalunya kami memberikan cuti empat ke lima hari untuk mereka pulang ke kampung dan membuat persiapan bersama keluarga masing-masing.
"Tetapi buat pemain import yang berada di sini, saya selalunya menjemput mereka untuk ke rumah saya.
"Buat pemain tempatan, yang mana ada di Johor, saya akan menjemput mereka tetapi buat yang tiada di Johor, mereka berada bersama keluarga masing-masing," tambah TMJ.
Astro Arena
Sat Apr 22 2023
Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan hadir pada satu temu bual eksklusif bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam. - Foto Astro ARENA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan
Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB
Tunku Mahkota Johor mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.
JDT: 'Underdog' tahun depan - TMJ
JDT akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual pada awal Mei.
JDT derma RM2.9 juta untuk Palestin dan Yayasan JDT
JDT menderma RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan Yayasan JDT.
TMJ cabar Selangor pecah rekod cemerlang JDT
Prestasi JDT itu jelas terpancar apabila pasukan kendaliannya itu terus memenangi empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
JDT akan tandatangani tiga atau empat pemain import untuk musim 2024
Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan menandatangani tiga atau empat pemain import baharu, musim hadapan.