KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) sah tidak akan menurunkan tiga tonggak pertahanan utamanya pada perlawanan menentang pasukan Australia Central Coast Mariners FC, bagi saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) Rabu ini.
Tiga pemain tersebut ialah Azam Azmi, Alif Zakaria dan tonggak pertahanan tengah Shahrul Nizam Ros Hasni, yang dibelenggu masalah kecederaan.
Ketua jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner berkata persiapan skuad Penyu agak terjejas dan sedikit tempang, dengan ketiadaan tiga tonggak berkenaan.
Justeru, beliau akan melakukan rombakan di barisan kesebelasan utama, bagi memastikan skuad Penyu berupaya mengutip tiga mata, sekali gus tampil ke kedudukan teratas Kumpulan G yang turut diwakili pasukan Indonesia Bali United FC dan kelab Filipina Stallion Laguna FC.
"Azam Azmi tidak akan bersama... Alif Zakaria tidak akan bersama...Shahrul Nizam juga tidak akan bersama.
"Hanya Safwan Mazlan (pertahanan tengah) akan mengikut kami pada Ahad (semalam). Tetapi beliau juga dalam keadaan cedera. Kami ada dua sesi latihan di sana (Australia). Jadi, sebelum perlawanan saya perlu buat keputusan sama ada beliau boleh bermain atau tidak," katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Australia semalam.
Steinbruckner berkata walaupun tanpa skuad utama itu, beliau yakin anak buahnya tetap akan memberi persembahan terbaik untuk membolehkan skuad Penyu mara ke peringkat seterusnya di Piala AFC.
TFC dijadualkan menentang kelab Central Coast Mariners FC Rabu ini di Industree Group Stadium, Gosford, Australia.
Pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) 20 Sept lepas, TFC berjaya menewaskan skuad bimbingan Abbas Saad itu dengan keputusan 1-0.
Kedudukan terkini Kumpulan G Piala AFC menyaksikan Central Coast Mariners FC menduduki tangga teratas dengan sembilan mata, diikuti TFC (lapan mata) Bali United FC (empat mata) dan terakhir, Stallion Laguna FC (satu mata).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Steinbruckner berkata, beliau akan melakukan rombakan di barisan kesebelasan utama bagi memastikan skuad Penyu berupaya mengutip tiga mata, sekali gus tampil ke kedudukan teratas Kumpulan G. - Gambar fail/BERNAMA
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Steinbruckner nafi dapat khidmat Ponstonjski untuk TFC
Pengendali skuad Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menafikan desas-desus bakal mendapat khidmat pemain Croatia, Igor Ponstonjski.
Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.
Safawi Rasid tidak lagi panaskan bangku simpanan?
Semoga magis sebagai 'dead ball speacialist" mampu dilakukan Safawi apabila bersama Skuad Penyu.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Akram Mahinan sah milik TFC
Bukan lagi khabar angin, bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan kini sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).
Ivan Mamut kekal bersama TFC - CEO TFCSB
Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.