KUALA LUMPUR: Ketiadaan pelumba Malaysia yang beraksi dalam musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia antara faktor penjualan tiket Grand Prix (GP) Malaysia berlangsung hujung minggu ini perlahan.
Prinsipal WithU Yamaha RNF MotoGP Team Datuk Razlan Razali berkata strategi tradisi menggunakan pelumba tempatan berlumba atas tiket wildcard kali ini tidak mampu menarik kehadiran peminat walaupun perlumbaan kembali ke Litar Sepang selepas dua tahun berikutan pandemik COVID-19.
"Sudah tentu faktor kejayaan GP Malaysia adalah kerana pelumba Malaysia (beraksi musim penuh), bukan setakat wildcard. Saya rasa semua tahu apa itu wildcard, peminat mahu melihat pelumba Malaysia bersaing dari pusingan pertama hingga tamat.
"Tapi kalau ikut keadaan ekonomi pun berlainan berbanding 2019, pascapandemik, inflasi dan sebagainya. Tapi saya percaya dengan minat yang tinggi, kalau orang hendak pergi dan minat walaupun (ekonomi) gawat mereka akan cari jalan," katanya ketika diminta mengulas penjualan tiket GP Malaysia yang dilaporkan perlahan.
Berdasarkan laporan media, hanya lebih 50 peratus tiket terjual setakat minggu lepas, secara perbandingan lebih rendah daripada tahun-tahun sebelum wabak itu, dengan rekod tertinggi pada 2019 lebih 170,000 peminat hadir untuk perlumbaan hujung minggu.
Razlan pernah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2009 hingga 2020.
Pada GP Malaysia yang dijadualkan pada 21-23 Okt ini, empat pelumba negara diberikan tiket wildcard iaitu Kasma Daniel Kasmayudin, Khairul Idham Pawi dan Azroy Hakeem Anuar akan beraksi dalam kelas Moto2 manakala Syarifuddin Azman atau lebih dikenali Damok beraksi dalam Moto3.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Razlan Razali berkata strategi tradisi menggunakan pelumba tempatan berlumba atas tiket wildcard kali ini tidak mampu menarik kehadiran peminat. - Gambar fail

Pelakon Hong Kong berusia 72 tahun pindahkan harta pada kekasih muda
Lung Kei, 72, mendedahkan sudah memindahkan nama kesemua tujuh harta yang dimiliki kepada kekasihnya yang berusia 36 tahun, Chris Wong.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Esok tengok anak bulan Ramadan
Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan isytihar tarikh permulaan puasa malam esok.

Diana Danielle bayar sewa rumah, ada hak halang Farid Kamil masuk - Peguam
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir turut menjelaskan, hubungan Diana dan Farid juga sudah tidak baik.

'Ada hari saya tidak mahu bangun langsung' - Guru ditembak pelajar 6 tahun
Abigail Zwerner turut menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa terutama selepas terpaksa menjalani beberapa pembedahan.

Perlu sedar duit Tabung Haji, duit pendeposit - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) memegang amanah 8.8 pendeposit untuk menguruskan RM88 bilion dana yang ada. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sejumlah kos besar disalurkan hanya kepada lebih 30,000 jemaah haji dan mengabaikan aspek agihan keuntungan yang wajar kepada pendeposit lain.

Misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan. Tumpuan misi kemanusiaan di kawasan terjejas kini tertumpu kepada kesihatan primer, makanan ruji dan tempat berteduh yang lebih kekal.

Layanan dan perkhidmatan sama jemaah B40, M40, T20 - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata semua jemaah haji yang melaksanakan ibadah itu dibawah pakej muassasah akan diberi layanan dan perkhidmatan yang sama. Meskipun terdapat perbezaan jumlah bayaran bagi kelas pendapatan yang berbeza, itu hanyalah kerana perbezaan kemampuan setiap jemaah.

Satu formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata formula baharu mengenai bayaran haji yang ditanggung oleh jemaah haji diperlukan untuk memastikan kelestarian kewangan Tabung Haji secara menyeluruh.

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Tiada pelumba negara beraksi musim penuh punca jualan tiket perlahan
Strategi tradisi menggunakan pelumba tempatan berlumba atas tiket wildcard kali ini tidak mampu menarik kehadiran peminat.

MotoGP: Razlan tidak nampak bayang pelumba Malaysia sertai pasukannya
Datuk Razlan Razali memberi bayangan tiada seorang pun pelumba tempatan berpotensi menyertai pasukannya ketika ini.

Tiada pelumba Malaysia dalam MotoGP 2022
Penganjur MotoGP sudah mengeluarkan senarai lengkap pelumba musim 2022 termasuk kategori Moto2 dan Moto3.