awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sambutan hari lahir buat Zii Jia

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2021
20:42 MYT
Tiada sambutan hari lahir buat Zii Jia
Zii Jia dikhabarkan sudah memulakan latihan fizikalnya di gimnasium Akademi Badminton Negara (ABM), Bukit Jalil. - Gambar fail/ Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Tiada sambutan ulang tahun hari kelahiran yang ke-23 secara besar-besaran buat juara Kejohanan Seluruh England, Lee Zii Jia, selepas menamatkan tempoh kuarantinnya, pada Isnin.
Jaguh negara itu sepatutnya meraikan hari lahirnya semalam tetapi berdasarkan perbualan wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, dengan ketua jurulatih skuad perseorangan lelaki negara, Hendrawan, Zii Jia sudah memulakan latihan fizikalnya di gimnasium Akademi Badminton Negara (ABM), Bukit Jalil.
Begitupun, bagi menghargai jaguh negara itu, RADIO ERA melancarkan sebuah lagu bersama beberapa rakan artis termasuk Hael Husaini, Usop dan Masya Masyitah selain personaliti ERA.
Malah, ketika segmen JoHaRa Pagi ERA! pagi Isnin, Johan, Haniff dan Ray, sempat menyanyikan lagu ulang tahun secara langsung ketika menemu bual Zii Jia secara maya.
Sherry turut dilihat membawa belon untuk memeriahkan suasana sambil Zii Jia kelihatan terharu dan menggosok mukanya beberapa kali.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je)
BACA: Radio ERA reka lagu istimewa buat hari jadi Lee Zii Jia yang ke-23
Dalam temu bual Shahrazad bersama Hendrawan, jurulatih itu berkata: "Saya tidak banyak berbincang dengannya (Zii Jia) cuma saya katakan selamat hari lahir dan nikmatilah hari anda hari ini. Dengan umur yang bertambah, tanggungjawab juga lebih besar.
"Esok (Selasa) dia akan memulakan latihan dan kami akan berbincang lagi esok.
"Dia dikuarantin selama seminggu dan tidak buat apa-apa kecuali latihan menggunakan aplikasi Zoom.
"Jadi, ia (latihan) perlu dilakukan secara berperingkat kerana kami mempunyai masa lebih kurang sebulan untuk mempersiapkannya bagi kejohanan akan datang.
"Apa yang pasti, latihan esok (Selasa) lebih banyak kepada perbincangan kerana saya tidak bersamanya sewaktu dalam Seluruh England, jadi kami akan berbincang mengenai apa yang dirasakannya dan masalah yang dihadapinya dalam kejohanan itu dan seterusnya apa yang akan ditumpukan dan dilakukan kami.
"Mungkin ia lebih kepada sesi perbincangan yang lebih panjang," katanya.
Topic Berkaitan
#tiada sambutan ulang tahun
#Lee Zii Jia
#tamat kuarantin
#juara all england
#latihan
#Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan