awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak puas hati dengan pengadil, pemilik PAOK FC protes dengan pistol

Agensi
Agensi
12/03/2018
07:38 MYT
Tidak puas hati dengan pengadil, pemilik PAOK FC protes dengan pistol
Ivan Savvidis tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil hingga ingin mengacukan pistol kepada pengadil.
Salah seorang pemilik kelab bola sepak PAOK FC, Ivan Savvidis mencetuskan kontroversi apabila bertindak mengacukan pistol kepada pengadil kerana berang dengan keputusannya.
Kontroversi itu tercetus apabila jaringan Fernando Varela dari PAOK FC, pada babak akhir perlawanan ketika menentang AEK Athens dibatalkan kerana pemain itu berada pada kedudukan ofsaid.
Pembatalan gol itu mencetuskan kemarahan pemain dan penyokong pasukan PAOK lebih-lebih lagi pasukan mereka memerlukan mata bagi memintas AEK Athens yang berada di takhta liga.
Pada awalnya, Ivan Savvidis masuk ke padang dan mengarahkan pemainnya keluar daripada padang sebagai tanda protes terhadap pengadil perlawanan, Giorgios Kominis.
Bukan itu sahaja, beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan sebelum cuba ditenangkan pegawal peribadinya.
Berikutan tindakan melampau daripada Savvidis, pegawai AEK Athens memaklumkan akan membuat laporan mengenai kejadian itu kepada badan bola sepak dunia, FIFA dan Eropah, UEFA.
Perlawanan itu terpaksa dihentikan dan keputusan perlawanan itu masih belum diputuskan sama ada kekal seri atau kemenangan 1-0 berpihak kepada pasukan PAOK.
Laporan daripada pengadil perlawanan juga dalam proses sebelum apa-apa keputusan diumumkan.
Topic Berkaitan
#AEK Athens
#bola sepak
#FIFA
#Greece
#marah
#ofsaid
#PAOK FC
#pistol
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan