awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selepas tawanan Israel terakhir ditemui, Gaza tuntut bantuan dan pembukaan lintasan Rafah
Kebakaran tanah gambut di Punggai merebak, asap tebal selubungi kawasan perumahan
[KOLUMNIS] Tanda masyarakat ‘mandul’: Perogol disucikan, mangsa dibisukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak salah isu doping Chong Wei dibawa ke CAS - Khairy

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
15/11/2014
10:31 MYT
Tidak salah isu doping Chong Wei dibawa ke CAS - Khairy
Khairy berkata tidak salah isu doping melibatkan Chong Wei dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
"Tidak salah isu doping melibatkan Chong Wei dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)."
Itu ketegasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, semasa mengulas nasihat Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang menyarankan agar kes doping Atlet Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei tidak dibawa ke CAS.
"CAS adalah saluran rayuan bagi kita, tiada sesiapa akan kata kita tidak serius dalam isu doping kalau sekiranya kita bawa (isu doping) kepada CAS," jelasnya pada sidang media selepas menghadiri sesi Townhall Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, di sini, hari ini.
Khairy juga menyifatkan saranan Presiden MOM itu sebagai nasihat yang pelik.
"Saranan itu seolah-olah menggambarkan apabila seseorang itu dibawa ke mahkamah dan didapati bersalah, dia tidak boleh membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu. Saya rasa nasihat tu agak pelik sikit,"
"Kalau kita rasa kita dapati keputusan di peringkat BWF tidak memihak kepada Lee Chong Wei, beliau ada hak untuk bawa perkara ini ke CAS," tambahnya.
Menurut Khairy, pihaknya sentiasa memandang serius isu doping melibatkan Chong Wei dan akan komited untuk menyelesaikan masalah melibatkan atlet negara itu.
"Ini tidak maksud bahawa kita tidak serius dalam isu doping dan tidak bermaksud kita tidak terima keputusan BWF , kita terima tapi kita masih lagi nak buat rayuan, dalam kes ini adalah CAS," ujar beliau.
Sebelum ini, Atlet Badminton Negara, Chong Wei disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Lee Chong Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan