awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pegawai ISN positif COVID-19

Bernama
Bernama
16/01/2021
14:59 MYT
Tiga pegawai ISN positif COVID-19
Sebelum ini, MSN mengesahkan tujuh atlet dan enam pegawai positif COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tiga pegawai Institut Sukan Negara (ISN) yang terlibat dengan kem latihan berpusat secara kuarantin didapati positif COVID-19 ketika ujian dijalankan pada 12 Jan lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata kesemua individu itu diuruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihaknya telah mengambil tindakan susulan sewajarnya.
"Senarai kontak rapat juga telah dikenal pasti untuk mereka menjalani ujian saringan COVID-19 dan kini diletakkan di bawah 'Home Surveillance Order (HSO)'. Kita juga telah menjalankan kerja-kerja pembersihan serta sanitasi di ibu pejabat ISN di Bukit Jalil.
"Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap bidang perubatan, sains dan inovasi sukan, pihak ISN amat menitikberatkan aspek kesihatan, keselamatan dan kebajikan atlet serta pegawai terutama dalam menghadapi cabaran COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata 47 pegawai ISN terdiri daripada pegawai perubatan dan sains sukan telah memulakan perkhidmatan serta memantau perkembangan program latihan atlet dan jurulatih negara di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) di lima lokasi kem latihan berpusat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) ini.
Lima venue tersebut ialah Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, Kompleks MSN Taman Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dan Pusat Latihan Kebangsaan Perahu Layar, Langkawi.
"Skop tanggungjawab utama pasukan ISN semasa kem latihan berpusat ini turut meliputi pemantauan tahap kesihatan, khidmat rawatan awal, rujukan klinikal perubatan serta pematuhan terhadap amalan penjagaan kesihatan diri terutama dalam pengurusan 'counter measures COVID-19'.
"Dalam aspek prestasi pula, pasukan sains sukan ISN berperanan dalam memberi khidmat kepakaran sains sukan terutama dalam aspek pemakanan sukan, suaian fizikal, psikologi sukan, fisiologi senam dan biomekanik," katanya.
Sebelum ini, MSN mengesahkan tujuh atlet dan enam pegawai positif COVID-19 setelah kembali ke kem latihan selepas cuti Krismas dan Tahun Baharu pada 3 Jan lepas.
Topic Berkaitan
#Institut Sukan Negara
#ISN
#latihan
#positif
#COVID-19
#pegawai
#latihan pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan