awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pertandingan 'Malaysia lwn Singapura' di kejohanan ONE FC: Total Domination

Haider Yutim
Haider Yutim
07/09/2013
02:30 MYT
Tiga pertandingan 'Malaysia lwn Singapura' di kejohanan ONE FC: Total Domination
ONE Fighting Championship (ONE FC) menambah tiga lagi pertarungan dalam acara utama 'ONE FC: Total Domination' yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup, Singapura pada 18 Oktober.
Ketiga-tiga acara dari kejohanan seni mempertahankan diri campuran (MMA) terbesar di Asia itu akan menyaksikan pertarungan antara atlet MMA terkenal dari Malaysia dan Singapura.
Atlet Singapura Sherilyn Lim akan menentang Ann Osman dari Borneo Tribal Squad Kota Kinabalu, yang akan mencatat sejarah sebagai atlet MMA wanita pertama Malaysia yang beraksi pada ONE FC.
Juara Manhunt Singapura 2011 dan juga peninju muay thai, Juan Wen Jie pula akan berlawan dengan Alex Lim dari Malaysia.
Bagi kategori Bantamweight pula, Stephen Langdown yang terkenal di media sosial Singapura akan menentang atlet Malaysia, Mark Marcellinus.
Tiket untuk menyaksikan ‘Total Domination’ boleh dibeli melalui (www. SISTIC.com.sg) daripada harga serendah S$38 untuk tempat duduk biasa hingga S$348 bagi tempat duduk VIP.
Kategori tiket bermula dengan tiket VIP yang dijual dengan harga $348 (RM898) diikuti dengan Arena $148 (RM382), Terrace $58 (RM150) dan Balcony $38 (RM98).
Penggemar sukan ini juga boleh menonton semua acara berkenaan secara langsung melalui STAR Sports, manakala penonton dari seluruh dunia boleh berbuat demikian melalui www.onefc.livesport.tv.
Dua pertarungan pertama boleh ditonton secara percuma, manakala pertarungan utama boleh disaksikan dengan bayaran AS$9.99.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai ONE Fighting Championship™, sila layari www.onefc.com and ikuti Twitter @ONEFCMMA serta Facebook at www.facebook.com/ONEFCMMA.
ONE FC's October event has grown with the addition of three fights featuring fighters from Singapore against opponents from Malaysia.
Topic Berkaitan
#MMA
#one fc
#seni mempertahankan diri
#Singapura
#total domination
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan