NICK Faldo menyuarakan kebimbangan bahawa juara 14 kali dalam kejohanan golf utama, Tiger Woods, tidak akan mampu bermain lagi selepas ini.
Woods tidak beraksi sejak Kejohanan Wyndham pada Ogos tahun lalu, dengan menjalani pelbagai pembedahan terhadap belakangnya.
Faldo, juara kejohanan utama sebanyak enam kali, khuatir dengan masa depan Woods, dan berasakan kerjaya pemain berusia 40 tahun itu mungkin sudah berakhir.
“Secara fizikal, saya tidak fikir dia dalam keadaan baik. Jika anda menonton promosi yang dilakukannya untuk kejohanannya baru-baru ini apabila dia berjalan ke tee, anda akan dapat melihatnya,” katanya kepada akhbar Mirror dan Express.
"Belakangnya sudah menjadi ketat. Dia memberitahu dia telah menjalani tiga pembedahan ke atas belakangnya tetapi dia masih tidak cukup fleksibel seperti yang diperlukan untuk golf.
“Jadi, saya fikir adalah malang kerana dia tidak kelihatan baik untuk bermain semula sebagai pemain golf.
“Kita sama-sama lihatlah nanti.”
Dengan ketiadaan Woods, tumpuan utama kini menjadi milik Jason Day, Jordan Spieth dan Rory McIlroy sambil Dustin Johnson memenangi Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat.
Faldo teruja melihat kemunculan satu himpunan baru bintang menjelang Terbuka British bermula Khamis ini.
“Empat tahun lalu, saya dikritik kerana mengatakan Tiger semakin perlahan dan barangkali sudah memenangi gelaran utama terakhirnya.
“Semua gelaran-gelaran utama ini kini akan dibahagi-bahagikan dan jika pemain-pemain muda ini mahukannya, mereka harus bersaing untuknya dan itulah yang sedang mereka lakukan.”
Astro Arena
Tue Jul 12 2016
Kerjaya Woods yang berusia 40 tahun itu dikhuatiri sudah berakhir. - Foto
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Gavin kecewa pemain golf tidak sertai Sukan Asia
Gavin Green, meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan jawatankuasa pemilihan Sukan Asia untuk tidak menghantar pemain golf untuk beraksi di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, bulan depan.
Bintang golf beli saham Leeds United
Mereka pada awalnya dijangka disertai oleh seorang lagi pemain golf profesional, Rickie Fowler, tetapi dia menarik diri.
Pemain golf profesional, dua lagi ditembak mati di padang golf
Seorang pemain golf profesional dan dua lagi maut dalam satu kejadian tembakan di sebuah kelab golf di Atlanta, Amerika Syarikat.
Gavin Green layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Gavin berjaya melayakkan diri setelah menduduki ranking ke-56 daripada 60 pemain golf dalam Ranking Olimpik di akhir tempoh kelayakan pada Isnin.
Pemain golf profesional negara meninggal dunia di China
Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata hari ini, laporan rasmi koroner belum selesai.
Woods sasar catatan rendah di Firestone
Bekas pemain nombor satu dunia tersebut sedar memerlukan peningkatan untuk melakukan impak pada hujung minggu ini.
Gavin raih gelaran sulung jelajah Asia di Taiwan Masters
Pemain golf profesional Malaysia, Gavin Kyle Green menamatkan kemarau gelaran apabila merangkul kejuaraan sulung Jelajah Asia di Taiwan Masters, semalam.
Tiger Woods mungkin tidak mampu beraksi lagi
Woods tidak beraksi sejak Kejohanan Wyndham pada Ogos tahun lalu, dengan menjalani pelbagai pembedahan terhadap belakangnya.