Tiket untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia XI menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC akan mula dijual di semua kedai Adidas di seluruh negara mulai Khamis hingga Ahad ini.
Perlawanan tersebut, yang menjadi sebahagian daripada pra musim Jelajah Asia 2013/2014 pasukan The Blues itu, akan diadakan pada pukul 9.45 malam di Stadium Shah Alam pada 21 Julai ini.
Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM308 manakala tiket VIP pula pada harga RM408 dengan jumlah yang terhad.
Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International, Julian Kam berkata mulai Isnin ini, tiket boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro di seluruh negara atau talian hotline 03-7880-7999 dan secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.
ProEvents International adalah penganjur eksklusif bagi Jelajah Asia Chelsea FC 2013.
"Kami yakin jualan tiket akan menerima sambutan menggalakkan selepas kunjungan pertama kelab itu ke negara ini pada 2008 menyaksikan 85,000 tiket dijual untuk perlawanan persahabatan di venue sama," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Lawatan kelab juara Liga Eropah terbaru itu adalah kali ketiga sejak 2008 apabila mereka mengalahkan Pilihan Malaysia 2-0 sebelum menang tipis 1-0 ke atas pasukan yang sama pada 2011.
Media Britain baru-baru ini melaporkan bahawa Jose Mourinho, pengurus kelab Real Madrid dari Sepanyol telah disebut-sebut untuk kembali ke Chelsea FC sebagai pengurus baharu bagi menggantikan Rafael Benitez yang mengikat kontrak dua tahun bersama kelab Itali, Napoli.
Sebelum ke sini, Chelsea FC akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Thailand, Singha All-Star di Bangkok pada 17 Julai sebelum mengakhiri jelajah mereka dengan menentang BNI Indonesia All-Stars dfi Jakarta, pada 25 Julai.
Bernama
Wed May 29 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Caicedo bantu Chelsea ikat United di Old Trafford
Chelsea kini berada di tempat keempat liga dengan 18 mata manakala United pula di tempat ke-13 dengan 12 mata selepas 10 perlawanan.
EPL: 'Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea'
Palmer hanya memerlukan 75 saat selepas bermulanya separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan sekali gus meletakkan Chelsea mendahului 2-1.
EPL: Gol Jones kembalikan Liverpool ke puncak atasi Chelsea
Liverpool kembali berkelebihan satu mata di atas pencabar terdekat, City, dan empat mata di atas lawan berikutnya, Arsenal.
EPL: Bintang Chelsea, Palmer lakar sejarah baru ketika ledak empat gol
Palmer menjaringkan keempat-empat gol Chelsea dalam perlawanan yang menampilkan enam gol dalam separuh masa pertama.
EPL: Pedro Neto sarung jersi nombor 7 di Chelsea, Raheem Sterling angkat kaki
Pemain sayap berusia 29 tahun itu telah memaklumkan keinginannya untuk ke kelab lain sebelum tarikh akhir jendela perpindahan minggu depan.
EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea
Bekas pengendali Leicester City itu memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh itu setahun lagi.
Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.