awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: 'Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea'

Astro Arena
Astro Arena
28/10/2024
03:00 MYT
EPL: 'Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea'
Aksi Cole Palmer mengawal bola sebelum menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Newcastle di Stamford Bridge, London, 27 Okt 2024. (Foto AP)
ENCO Maresca menjelaskan persembahan yang dipamerkan Cole Palmer menewaskan Newcastle United adalah sebab 'penyokong membayar untuk menonton' selepas The Blues kembali ke kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).
Palmer hanya memerlukan 75 saat selepas bermulanya separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan sekali gus meletakkan Chelsea mendahului 2-1.
Pemain antarabangsa England itu memainkan watak penting selepas hantaran lintangnya menjadi gerakan untuk Chelsea menjaringkan gol pendahuluan menerusi hantaran Pedro Neto yang mudah disempurnakan Nicolas Jackson pada minit ke-18.
Palmer kini telah mencatatkan penglibatan dalam 12 gol dengan dia telah menjaringkan tujuh gol dan lima bantuan jaringan bersama Chelsea musim ini.
"Dia adalah sebab mengapa orang ramai membayar, mereka mahu melihat pemain pemain seperti Palmer beraksi. Kami sangat gembira memilikinya.
"Saya sentiasa prihatin. Kami boleh menyerang dengan lebih baik dan bertahan dengan baik. Kami sangat gembira di mana kami berada sekarang.
"Pemain memahami setiap hari apa yang kami usahakan." katanya.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#EPL
#Cole Palmer
#Newcastle
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan