awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga

Bernama
Bernama
24/12/2022
10:32 MYT
TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga
Petugas menghamparkan kanvas di padang Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kanvas itu dipinjamkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Gambbar Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
KUALA LUMPUR: Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, dijaga rapi dan dijangka berada pada tahap terbaik, menjelang aksi kedua Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Laos, malam ini.
Ia selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), berkenan meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang stadium keramat skuad Harimau Malaya itu, demikian menurut hantaran di laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurut hantaran itu, kanvas tersebut bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik, untuk digunakan sepanjang 90 minit permainan.
"Ia memandangkan keadaan cuaca hujan hampir setiap hari di kawasan Lembah Klang, terutama pada waktu petang dan malam.
"Diharap langkah proaktif yang diambil ini dapat memastikan padang berada pada keadaan yang memuaskan, sekali gus menghidangkan perlawanan menarik buat penyokong Harimau Malaya yang bakal ke stadium malam ini," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini tular tindakan petugas menggunakan penyodok dan kadbod, bagi mengatasi masalah air bertakung di stadium berkenaan selepas hujan lebat pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan pasukan negara menentang Bahrain, Jun lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#TMJ
#TMJ pinjamkan kanvas
#Stadium Nasional
#Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.