KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang menghormati keputusan Ketua Kontinjen (CDM) Sukan Olimpik 2020, Datuk Lee Chong Wei tidak menyertai kontinjen negara di Tokyo kerana faktor kesihatan.
Pelumba berusia 33 tahun yang pernah berjuang bersama-sama Chong Wei di tiga temasya Olimpik, iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, berkata beliau faham dengan situasi yang dialami oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia itu.
"Jadi saya rasa keputusan yang baik daripada beliau untuk tidak ke Tokyo atas faktor kesihatan dan situasi semasa berikutan pandemik COVID-19. Kita pun tahu keadaan macam mana di Tokyo, kes pun tinggi di sana.
"Saya ucapkan selamat berehat dan semoga semuanya berjalan lancar (buat Chong Wei)," katanya pada sidang media secara maya mengenai persiapannya ke Olimpik Tokyo 2020.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Isnin lalu, mengesahkan Chong Wei tidak akan ke Jepun atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara.
Bagaimanapun, pemenang pingat perak di tiga Olimpik itu kekal sebagai CDM dengan memantau prestasi atlet secara maya sepanjang kejohanan berlangsung, manakala Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib akan menguruskan kontinjen negara di Tokyo.
Chong Wei diumumkan sebagai CDM pada Jun 2019, sejurus selepas beliau mengumumkan persaraannya susulan menghidap kanser hidung pada September 2018.
Mohd Azizulhasni, juara dunia acara keirin 2017, berkata keputusan melantik Mohd Nazifuddin dilihat tepat, kerana perlu mempunyai seorang pegawai untuk menguruskan perkara-perkara berkaitan kontinjen negara.
"Saya rasa ia tindakan yang relevan kerana perlu ada seorang di sana. Mengikut pengalaman saya, apabila tiba di Perkampungan Sukan Olimpik nanti, akan timbul beberapa isu yang kita tidak dapat elakkan.
"Pengurus pasukan dan jurulatih pun akan rujuk kepada CDM, tugas CDM menghubungi pihak IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) dan penganjur di Jepun untuk membantu kontinjen kita melancarkan segala perjalanan temasya. Kita kena bersedia untuk semua itu," katanya yang bakal beraksi dalam acara pecut dan keirin.
Malaysia akan diwakili 30 atlet, yang akan beraksi dalam 10 jenis sukan di Sukan Olimpik Tokyo bermula pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021
Azizulhasni berkata beliau faham dengan situasi yang dialami oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia itu. - Foto fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.