TOKYO: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjanji akan berjuang habis-habisan dalam acara kegemarannya iaitu keirin di Sukan Olimpik Tokyo, Sabtu ini.
Azizulhasni yang mendapat julukan The Pocket Rocketman itu berpendapat peluangnya untuk mengungguli acara keirin tampak cerah selepas terlepas peluang melayakkan diri ke peringkat suku akhir acara pecut hari ini.
Azizulhasni yang merupakan pemenang pingat gangsa keirin di Rio 2016 sebaliknya bersyukur tersingkir dalam acara pecut kerana situasi itu dapat memberi kelebihan kepadanya terutamanya bagi mendapat rehat secukupnya sebelum kembali beraksi di Velodrome Izu.
Katanya, mengikut perancangan asal bersama jurulatihnya, John Beasley, beliau memaklumkan tidak akan menumpukan peluang beraksi di suku akhir sekiranya tidak berupaya mengatasi pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, dalam perlumbaan pusingan ketiga 1/8.
"Sekiranya masuk suku akhir, akan jumpa pelumba sama, jika kalah akan bersaing dalam perlumbaan penentuan lima hingga lapan terbaik, jadi akan ada banyak perlumbaan.
"Ia akan menyebabkan saya penat dan tak dapat cukup rehat, jadi amat penting untuk kita atur strategi betul untuk beri tumpuan penuh dalam keirin," katanya dalam video yang dimuat naik dalam saluran YouTube Azizul Awang bertajuk 'Pecutan Hari Kedua | Perjalanan Azizul Awang Mengejar Kilauan Emas', hari ini.
Hoogland yang memecahkan rekod Olimpik dengan masa 9.215 saat dalam pusingan kelayakan pada Rabu (4 Ogos), memenangi perlumbaan dengan mencatatkan masa 9.831s iaitu 0.040s lebih pantas daripada Azizulhasni pada perlumbaan Saringan Satu peringkat ketiga 1/8.
Kekalahan itu menyaksikan Azizulhasni terpaksa beraksi dalam Saringan Satu perlumbaan Repechages 1/8 namun sekadar menduduki tempat kedua di belakang juara bertahan, Jason Kenny dari Great Britain yang merekodkan masa 10.066 saat untuk memenangi perlumbaan itu, manakala pelumba tuan rumah, Yuta Wakimoto ketiga.
Mengulas mengenai prestasi hari ini, pelumba berusia 33 tahun itu tetap gembira dengan kayuhan diperagakannya walaupun terkandas di peringkat ketiga.
Menurutnya, pelumba yang bersaiz besar mempunyai kelebihan dari segi tenaga untuk menguasai acara pecut berbanding pelumba yang bersaiz kecil sepertinya.
Juara dunia dari Dungun, Terengganu itu pada masa sama memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kegagalannya untuk mara lebih jauh dalam acara pecut.
Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya mara ke suku akhir selepas tewas dalam Saringan Dua perlumbaan Repechages 1/8.
Pelumba berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang pelumba Perancis Sebastien Vigier yang memenangi perlumbaan dengan catatan 10.169s, manakala Sam Webster dari New Zealand di tempat kedua.
Sebelum itu, Muhammad Shah Firdaus gagal membalas dendam kekalahan kepada Harrie Lavreysen dalam perlumbaan Pusingan Pertama 1/32 semalam, apabila sekali lagi tewas kepada pelumba Belanda itu yang mencatatkan masa 9.635s untuk memenangi Saringan Dua perlumbaan 1/8.
Bagaimanapun, beliau masih mempunyai peluang akhir untuk menyinar di negara matahari terbit apabila turut dijadual beraksi bersama Azizulhasni dalam acara keirin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021
Azizulhasni Awang berjanji akan berjuang habis-habisan dalam acara kegemarannya iaitu keirin di Sukan Olimpik Tokyo, Sabtu ini. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.
Simptom perikarditis paksa Azizulhasni tarik diri acara pecut
Azizulhasni terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu.
Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut
Azizulhasni mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.