awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Hup Wei sedih cabaran di Jepun berakhir

Bernama
Bernama
30/07/2021
03:39 MYT
Tokyo 2020: Hup Wei sedih cabaran di Jepun berakhir
Atlet kelahiran Kajang, Selangor itu gagal melepasi ketinggian 2.17 meter (m) pada pusingan kelayakan. - Foto Twitter/@TeamMsia
TOKYO: Kekecewaan jelas terpancar di wajah jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei, selepas tamat pusingan kelayakan acara lompat tinggi lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Hup Wei, yang membuat penampilan ketiga di pentas Olimpik selepas edisi Beijing 2008 dan London 2012, tidak dapat menyembunyikan kesedihan ketika wartawan cuba mendapatkan ulasan beliau berhubung prestasinya.
Sambil mengesat air mata, atlet berusia 34 tahun itu hanya menggelengkan kepala tanpa memberi sebarang kenyataan.
Sebelum itu, Hup Wei kelihatan sebak semasa ditemu bual beberapa stesen televisyen Malaysia, sebelum bergerak ke kawasan dibenarkan wartawan media cetak, untuk menemu bual atlet.
Pada saingan berlangsung pagi tadi, atlet kelahiran Kajang, Selangor itu gagal melepasi ketinggian 2.17 meter (m) pada pusingan kelayakan tersebut, yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.
Hup Wei yang mempunyai catatan peribadi terbaik 2.29 meter (m), gagal melepasi ketinggian pertama ditetapkan dalam ketiga-tiga percubaannya, sekali gus gagal meneruskan cabaran ke final.
Hanya 12 atlet terbaik daripada 33 peserta layak ke peringkat akhir acara berkenaan.
Hup Wei menamatkan cabaran di tempat ke-32 keseluruhan pada edisi Beijing, dengan lompatan setinggi 2.20m manakala di London, beliau di kedudukan ke-30 dengan catatan 2.16m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#Lee Hup Wei
#lompat tinggi
#sedih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan