awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Kepulangan atlet judo Algeria disambut bagaikan sang perwira

Astro Arena
Astro Arena
31/07/2021
03:30 MYT
Tokyo 2020: Kepulangan atlet judo Algeria disambut bagaikan sang perwira
Nourine berkata keputusan menarik diri itu dibuat bersama jurulatihnya dan dia berbangga melakukannya. - Stadium Astro
ATLET Judo Algeria, Fathi Nourine, yang tiba di Algeria Rabu lalu, menyatakan rasa bangga setelah keputusannya untuk menarik diri daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk mengelak bertemu pesaing Israel.
"Saya dan jurulatih mengambil keputusan bersama dan saya bangga dengannya. Keputusan tersebut memberikan penghormatan kepada diri saya, menghormati keluarga saya, dan menghormati rakyat dan negara Algeria, kerana Presiden, Abdelmadjid Tebboune, menyatakan kepada dunia bahawa kami tidak bersetuju normalisasi, dan kami menyokong perjuangan Palestin.
"Saya gembira dapat mengecewakan entiti Zionis [Israel], dan saya menerima panggilan telefon yang menggalakkan dari dunia Arab dan Islam," kata Nourine kepada wartawan di lapangan terbang Algiers.
Nourine akan bertemu atlet Sudan, Mohamed Abdalrasool, pada 24 Julai, dalam perlawanan pusingan 64, dan akan bertemu wakil Israel, Tohar Butbul, di pusingan 32 dalam kategori berat 73 kilogram.
Namun, empat hari sebelum pertandingan Nourine mengumumkan bahawa dia akan menarik diri daripada acara itu kerana 'perjuangan Palestin lebih penting daripada perkara ini, dan ini adalah keputusan yang tidak dapat dipatah balik'.
Mohamed Abdalrasool dari Sudan juga menarik diri dari Olimpik tahun ini untuk mengelak berdepan Butbul.
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#atlet
#judo
#Algeria
#perwira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan