JAGUH lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, mengakui bahawa dia terlalu tertekan memburu tempat ke final sehingga gagal merekodkan sebarang catatan dalam pusingan kelayakan Kumpulan A, Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Hup Wei jelas tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya sehingga gagal melepasi ketinggian pertama 2.17 meter di Stadium Olimpik Tokyo.
Mengimbau perjalanannya ke Tokyo, Atlet kelahiran Selangor berusia 34 tahun itu terlalu bercita-cita untuk layak ke final edisi kali ini, lebih-lebih lagi selepas berjaya melakukannya dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Doha, Qatar pada 2019.
Bagaimanapun, pandemik COVID-19 dan penundaan setahun Sukan Olimpik Tokyo memperlihatkan betapa dia bergelut dengan pelbagai dugaan, termasuk beberapa siri kecederaan dan positif koronavirus.
Hup Wei, yang ditemu bual wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, selepas acara itu jelas tidak dapat membendung perasaannya sehingga menangis teresak-esak menyedari kekecewaan seluruh rakyat Malaysia sambil ia juga merupakan Sukan Olimpik terakhirnya.
"Saya rasa saya sangat tertekan di sana, saya tidak dapat rasa apa-apa. Saya mencuba untuk mencarinya tetapi tidak dapat juga. Saya sudah buat yang terbaik.
"Untuk datang ke sini bukannya senang, saya sampai ke sini dengan melalui banyak halangan. Tetapi apabila di sini saya tidak dapat buat yang terbaik, saya minta maaf.
"Jurulatih sudah memberikan tunjuk ajar mengenai segala kesilapan saya tetapi saya tidak dapat memperbetulkannya kerana saya amat tertekan. Saya tidak dapat perasaan itu.
"Ketinggian 2.17 itu bukanlah masalahnya kerana masalahnya adalah diri saya sendiri yang melakukannya dengan tidak bagus.
"Segalanya serba tidak kena, larian saya, lompatan saya, saya mencuba untuk mencarinya tetapi tidak dapat juga.
"Saya memang sudah bersedia tetapi hari ini semuanya tidak menjadi.
"Ini adalah Sukan Olimpik terakhir saya. Saya tidak akan ke Sukan Olimpik Paris 2024," katanya.
Astro Arena
Fri Jul 30 2021
Atlet kelahiran Selangor berusia 34 tahun itu terlalu bercita-cita untuk layak ke final edisi kali ini, lebih-lebih lagi selepas berjaya melakukannya dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Doha, Qatar pada 2019. - Foto Stadium Astro
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
Hup Wei umum persaraan selepas 18 tahun harumkan nama Malaysia
Jaguh lompat tinggi negara dan bekas juara Asia Lee Hup Wei hari ini mengumumkan persaraannya selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga.
Jawatankuasa Pemilihan KOM tolak rayuan Hup Wei ke Hanoi
Setelah menilai dengan teliti, jawatankuasa itu memilih Mohamad Eizlan Dahalan bagi menggalas cabaran Malaysia dalam acara itu.
Sukan SEA Hanoi: Hup Wei akan bersara jika tidak terpilih
Perkara itu akan ditentukan badan induk berkenaan dalam satu mesyuarat khas hari ini.
Hup Wei kekal pendirian berehat hingga akhir musim
Juara Sukan SEA itu jatuh ranking ke-104 dunia selepas gagal melakukan sebarang catatan dalam Sukan Olimpik Tokyo.
Tokyo 2020: Lee Hup Wei terlampau tertekan
Hup Wei jelas tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya sehingga gagal melepasi ketinggian pertama 2.17 meter di Stadium Olimpik Tokyo.
Tokyo 2020: Hup Wei sedih cabaran di Jepun berakhir
Hup Wei tidak dapat menyembunyikan kesedihan ketika wartawan cuba mendapatkan ulasan beliau berhubung prestasinya.
Olimpik: Azizulhasni ketuai kumpulan terakhir atlet negara ke Tokyo
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berlepas ke Tokyo menaiki pesawat sama bagi memberikan sokongan kepada atlet negara yang berjuang di bumi Tokyo.
Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco
Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.
Hup Wei raih emas di Kazakhstan, Jonathan pungut perak
Atlet berusia 34 tahun itu meraih pingat emas selepas melakukan lompatan melepasi ketinggian 2.10 meter, jauh di bawah prestasi terbaiknya iaitu 2.29 meter yang dicatat pada 2019.