awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Sebulan sebelum berlangsung, dijangka tidak semeriah Euro 2020

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2021
20:48 MYT
Tokyo 2020: Sebulan sebelum berlangsung, dijangka tidak semeriah Euro 2020
Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 memaklumkan pihaknya tidak mempunyai pilihan melainkan mengadakan undian semula untuk tiket perlawanan sukan itu. - Gambar fail REUTERS
GENAP sebulan sebelum acara Olimpik Tokyo 2020 bermula pada 23 Julai nanti, rakyat Jepun masih dalam perasaan yang bercampur baur.
Kerisauan timbul, bukan sahaja dalam kalangan rakyat negara itu, malah para atlet dan penganjur, memandangkan temasya sukan itu bakal diadakan ketika kes jangkitan COVID-19 masih berleluasa.
Presiden Tokyo 2020, Seiko Hashimoto bagaimanapun tegas dengan pendiriannya bahawa Olimpik tetap akan diadakan tetapi dengan peraturan ketat.
Antaranya, tiada penggunaan alkohol, tiada Sepelukan, tiada sorakan serta tiada sesi autograf.
Sehingga 10,000 penonton dibenarkan menyaksikan acara tersebut tetapi Hashimoto menjelaskan, mereka tidak boleh mengharapkan suasana seperti Euro 2020 yang sedang berllangsung ketika ini.
Penganjur adakan undian semula tiket
Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 memaklumkan, pihaknya tidak mempunyai pilihan melainkan mengadakan undian semula untuk tiket perlawanan sukan itu.
Ia berikutan hanya jumlah peminat yang terhad akan dibenarkan menghadiri Olimpik Tokyo.
Penganjur menetapkan had kapasiti 50 peratus - sehingga maksimum 10,000 peminat, yang semuanya mesti penduduk Jepun - untuk setiap vanue di Olimpik.
Jika kes meningkat, peraturan akan diubah dan penonton masih dilarang duduk bersama.
Tokyo 2020 mengeluarkan garis panduan pencegahan COVID-19 untuk pemegang tiket, antaranya tidak boleh bersorak dan terus pulang ke kediaman selepas perlawanan tamat.
Gagal berbuat demikian, mereka tidak akan dibenar masuk.
Walaupun pemegang tiket boleh mendapat pengembalian wang penuh jika berhasrat berbuat demikian, namun tiket untuk Sukan Olimpik tidak akan mendapat jualan tambahan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#olimpik 2020
#Tokyo Olimpik
#Seiko Hashimoto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan