TOKYO: Alexander Zverev meminta maaf kepada Novak Djokovic setelah mengakhiri harapan bintang Serbia itu meraih Golden Slam - tetapi bergurau dengan mengatakan sudah tiba masanya orang lain mendapat gelaran utama.

Dalam aksi separuh akhir Sukan Olimpik Tokyo, ia seperti Djokovic tenang untuk lolos ke perlawanan pingat emas apabila dia berjaya meraih kemenangan mudah dalam set kedua.

Bagaimanapun, Zverev menang 10 daripada 11 permainan daripada ketiggalan dalam set kedua untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 1-6, 6-3, 6-1.

Djokovic meraih Terbuka Australia Terbuk Perancis sebelum ke Jepun untuk menyertai Sukan Olimpik.

Dia telah membincangkannya dengan peluang untuk ia menjadi kenyataan, berpeluang untuk menyamai pencapaian Steffi Graf yang dilakukan pada 1988 di Korean Selatan.

Zverev memiliki idea yang berbeza, tetapi dia turut bersimpati ketika saling bertukar kata-kata di jaring.
"Saya memberitahu dia bahawa dia adalah yang terbaik," kata Zverev.

"Saya tahu bahawa dia mengejar sejarah, mengejar Golden Slam dan mengejar Olimpik, tetapi pada saat-saat seperti ini saya dan Novak sangat dekat. Sudah tentu saya gembira kerana saya menang, tetapi pada akhirnya saya tahu bagaimana perasaan Novak.

"Saya merasa kasihan pada Novak, tetapi dia memenangi 20 grand slam, 550 Masters Series atau apa sahaja, anda tidak dapat memiliki segalanya.

"Dia pemain terhebat sepanjang masa, dia akan memenangi slam terbanyak daripada mana-mana pemain sepanjang saingan, tetapi saya juga gembira kerana saya berada di final."