awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tolak tepi jumlah jaringan, Harimau Muda perlu menang' - Tierney

Bernama
Bernama
08/09/2023
07:56 MYT
'Tolak tepi jumlah jaringan, Harimau Muda perlu menang' - Tierney
Rabu lepas, skuad B-23 negara bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Bangladesh 2-0 pada aksi pertama pusingan kelayakan itu. - Gambar/ FAM
KUALA LUMPUR: "Tolak tepi jumlah jaringan, skuad Harimau Muda perlu menang dalam perlawanan seterusnya." Itu permintaan penyerang skuad bola sepak Harimau Muda, Fergus Tierney menjelang aksi kedua pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Thailand menentang Filipina esok.
Menurut beliau, bukan bilangan jaringan yang menjadi keutamaan skuad kendalian E. Elavarasan itu, sebaliknya keputusan membawa pulang tiga mata penuh sekali lagi pada saingan berkenaan.
"Sekarang, kami sedang berlatih untuk menentang Filipina dan akan cuba dapatkan tiga mata penuh. Saya tak fikir sangat tentang berapa banyak akan kita jaringkan tapi saya fikir untuk menang.
"Satu kosong atau lima kosong bagi saya tetap sama dan saya percaya dengan pasukan ini," katanya menerusi audio dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada media hari ini.
Rabu lepas, skuad B-23 negara bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Bangladesh 2-0 pada aksi pertama pusingan kelayakan itu.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Filipina seterusnya akan mengharungi aksi terakhir berdepan tuan rumah Thailand (12 Sept) di Stadium Chonburi.
Hanya juara setiap kumpulan dan empat naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024.
Malaysia layak ke Piala Asia B-23 untuk kali pertama pada 2018 di China dan berjaya melangkah ke suku akhir sebelum tewas di peringkat kumpulan pada edisi 2022 yang berlangsung di Uzbekistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau muda
#Fergus Tierney
#Kelayakan Piala
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan