awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tomislav Steinbruckner dilantik ketua jurulatih TFC, ganti Nafuzi

Bernama
Bernama
01/12/2022
22:30 MYT
Tomislav Steinbruckner dilantik ketua jurulatih TFC, ganti Nafuzi
Steinbruckner pada sidang media sempena pelantikannya bagi musim 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, 1 Dis 2022. --fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Terengganu FC Sdn Bhd (TFCSB) semalam mengumumkan secara rasmi pelantikan Tomislav Steinbruckner sebagai ketua jurulatih pasukan Terengganu FC (TFC) bagi musim depan.
Steinbruckner, 56, yang berasal dari Croatia sebelum ini merupakan Pengarah Teknikal TFCSB sejak Mac 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh berkata Steinbruckner akan memegang tanggungjawab utama untuk membentuk pasukan TFC bagi tempoh setahun.
"Steinbruckner telah menandatangani kontrak bagi tempoh setahun bermula 1 Dis 2022 hingga 31 Dis 2023.
"Beliau akan mengetuai pasukan untuk mengharungi cabaran Piala Konfederasi Asia (AFC) dan Liga Malaysia (Liga M) musim depan," katanya pada sidang media di Pejabat TFCSB di sini, semalam.
Menurut Ab Rasid, Steinbruckner yang memegang lesen Pro Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) adalah calon paling layak mengendali TFC kerana telah memahami dan menganalisis pasukan ketika menggalas tugas sebagai Pengarah Teknikal.
Malah katanya Steinbruckner juga bukan nama asing bagi penyokong Terengganu kerana pernah membimbing pasukan berstatus kelab, T-Team FC pada 2015.
"Ketika bersama T-Team FC, beliau berjaya menonjolkan beberapa pemain berkualiti seperti Safawi Rasid, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Norhakim Hassan.
"Pengalaman lain beliau ialah menguruskan pasukan NK Novigrad, NK Orsijek dan Bijelo Brdo di Liga Croatia," katanya.
BACA: Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
BACA: Nafuzi terkilan sikap tidak profesional kelab
Sementara itu, Steinbruckner ketika ditemui pada sidang media tersebut berkata beliau amat teruja untuk memulakan tugas sebagai jurulatih TFC musim depan dan berjanji untuk meneruskan momentum yang dibawa oleh bekas ketua jurulatih TFC musim ini, Nafuzi Zain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#ketua jurulatih TFC
#Tomislav Steinbruckner
#Ab Rasid Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan