awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tottenham, Brentford sama kuat di Stadium Komuniti Gtech

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2023
23:30 MYT
Tottenham, Brentford sama kuat di Stadium Komuniti Gtech
Aksi Cristian Romero menanduk bola ketika menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan EPL antara Brentford dan Tottenham Hotspur di Community Stadium, London, 13 Ogos 2023. (Foto AP)
TOTTENHAM Hotspur memberikan pengendali baharu, Ange Postecoglou kemunculan pertama Liga Perdana Inggeris dengan debaran tahap tinggi apabila meraih keputusan seri 2-2 menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech pada Ahad.
Aksi Tottenham buat pertama kali tanpa kelibat Harry Kane yang menyertai gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich menyaksikan pemain baharu James Maddison menyarung jersi nombor 10.
Tandukan Cristian Romero meletakkan Tottenham di hadapan pada minit ke-11 selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR)
Bagaimanapun Brentford menyamakan kedudukan buat The Bees hasil sepakan penalti Bryan Mbeumo pada minit ke-26 seblum rembatan Yoane Wissa pada minit ke-36 membolehkan pasukan tersebut berada di depan.
Begitupun, Tottenham, yang mengucapkan selamat tinggal kepada Kane selaku penjaring terbanyak kelab itu untuk bersama Bayern Munich pada Sabtu, akhirnya menyamakan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila Emerson Royal bijak menyambar hantaran Maddison. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tottenham Hotspur FC
#EPL
#Brentford
#Harry Kane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan