HANOI: Selepas berjaya mengharungi kempen yang gemilang di Sukan SEA ke-31 di sini, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri percaya Tuhan telah menyusun perjalanannya dengan baik pada kali ini.
Atlet terjun berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu, sebelum ini menerima penghargaan sebagai pemenang pingat emas pertama bagi Sukan SEA kali ini, apabila muncul juara acara 1 meter (m) papan anjal wanita pada Ahad lepas.
Pada hari ini, beliau menerusi gandingan dengan Datuk Pandelela Rinong, melengkapkan kejayaan kem Malaysia menyapu bersih kesemua lapan emas yang dipertandingkan di kolam terjun pada hari terakhir pertandingan terjun.
Pandelela - Nur Dhabitah meraih pingat emas pertama gandingan mereka di Sukan SEA selepas menjuarai acara 10m platform seirama wanita dengan 292.14 mata di Aquatics Sports Palace di sini.
Ia juga merupakan pingat emas kesembilan Pandelela di Sukan SEA sejak debut di edisi 2007 Korat, dan emas keenam bagi Nur Dhabitah.
Namun, misi Nur Dhabitah di Hanoi belum tamat, apabila beliau terlebih dahulu telah dinamakan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada acara perasmian Sukan SEA, malam esok.
"Saya rasa Tuhan telah susun perjalanan saya dengan sangat cantik... dipilih sebagai pembawa bendera, kemudian saya merangkul emas pertama untuk Malaysia dan saya menamatkan acara terjun Sukan SEA dengan merangkul emas.
"Saya rasa kita berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan menerusi kerja keras semua atlet terjun, walaupun banyak juga cabaran yang perlu ditempuhi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tempat kedua acara 10m platform seirama wanita itu menjadi milik adik-beradik kembar dari Singapura Ong Sze En-Ong Rei En (225.42), manakala wakil tuan rumah Bui Thi Hong Giang-Mai Hong Hanh (185.25) pulang dengan tangan kosong kerana hanya tiga wakil menyertai acara itu.
Sementara itu, Pandelela mengakui, pelbagai cabaran perlu diharungi, termasuk pada sesi latihan mereka sebelum meraih kejayaan manis pada hari ini.
"Antaranya adalah menguruskan kecederaan sendiri, kerana bukan kita muda lagi, jadi banyak rawatan diperlukan. Tetapi kami dapat menampilkan terjunan yang baik, kami berpuas hati dengan keputusan ini," katanya.
Gandingan itu dijangka mengambil rehat pendek sebelum kembali menjalani latihan untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Budapest bermula 26 Jun hingga 3 Julai, diikuti Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini. - BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
Menerusi gandingan dengan Pandelela Rinong, Nur Dhabitah melengkapkan kejayaan kem Malaysia menyapu bersih kesemua lapan emas yang dipertandingkan di kolam terjun pada hari terakhir pertandingan terjun. - Gambar BERNAMA
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar
Meskipun keputusan yang diraih tidak seperti yang diharapkannya, tetapi Dhabitah berkata dia itu tidak pernah menyesal.
Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.
Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas tidak menyangka penerjun negara Nur Dhabitah Sabri melakukan kesilapan agak besar di pertengahan saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal w
'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah
Penerjun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024 jauh daripada lancar.
Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi
Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.
Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir.
Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar
Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal
Keputusan itu menyaksikan Nur Dhabitah menyertai 11 penerjun lain mara ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak'
Nur Dhabitah Sabri mempersiapkan mentalnya bagi menghadapi pusingan separuh akhir acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung hari ini (4 petang waktu Malaysia).
Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024
Cabaran Kontinjen Malaysia pada hari ke-12 Olimpik Paris 2024 kembali hangat dengan atlet negara beraksi dalam empat jenis sukan.