TANJUNG MALIM: Peminat bola sepak Perak tidak sewajarnya menuding jari dan meletakkan 100 peratus kesalahan kepada kerajaan negeri, susulan kegagalan Perak FC membayar gaji barisan pemainnya selama dua bulan.
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad menegaskan, isu berkenaan gaji pemain dan sebagainya bukan menjadi tanggunggjawab kerajaan negeri sepenuhnya.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya mengambil maklum mengenai rungutan dan isu tersebut, di samping bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka.
"Tidak betul jika mereka kata kerajaan negeri langsung tidak membantu. Apabila saya mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 10 Disember tahun lalu, waktu itu mereka telah tertunggak bayaran kepada para pemain selama dua bulan.
"Saya telah mengambil inisiatif untuk memujuk beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membayar (gaji). Sebenarnya, itu bukan tanggungjawab saya.
"Tetapi, saya telah membayar menggunakan GLC untuk dua bulan tunggakan. Selepas itu, saya difahamkan mantan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) letak jawatan dengan pasukannya.
"Kita sudah bantu kira-kira RM4 juta. Dulu saya bantu RM2.5juta untuk tertunggak dua bulan, dan baru-baru ini lagi RM1.5 juta. Jadi, tidak adil untuk kata kerajaan negeri tak membantu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) di Parlimen Tanjung Malim, di sini, hari ini.
Turut hadir, barisan Exco kerajaan negeri serta komuniti setempat.
BACA: MFL tidak terima laporan isu gaji pemain Perak FC, Perak FC II
BACA: Tunggakan gaji pemain: Kelantan FC berdepan tindakan pemotongan mata
Dalam pada itu, Saarani berkata, kerajaan negeri tidak hanya boleh menumpukan kepada satu jenis sukan semata-semata, khususnya dalam sudut bantuan peruntukan membabitkan kos tinggi.
"Kalau kata bola sepak memerlukan RM2 juta sebulan, takkan nilai ini anda letakkan kepada kerajaan negeri untuk menanggungnya. Ini tidak adil.
"Sebab, ia duit rakyat, bukan duit Persatuan Bola Sepak atau pungutan tiket. Duit cukai ini saya perlu bagi balik kepada rakyat," katanya.
BACA: Tunggakan gaji pegawai dan pemain Perak FC selesai Selasa depan
BACA: Fauzi beri KAFA 30 hari selesai tuntutan gaji
Terdahulu, memetik sumber, media melaporkan Perak FC berdepan kegagalan membayar gaji pemainnya selama dua bulan.
Bagaimanapun, sumber berkata, sehingga kini, rata-rata barisan pemain Perak masih menghormati kontrak bersama kelab itu dan tidak mahu membuat tindakan secara terburu-buru.
Aida Aziz
Wed Apr 07 2021

Saarani (kanan) ketika hadir pada Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) di Parlimen Tanjung Malim, di Tanjung Malim, hari ini. - Astro AWANI

Isu Pembayaran | Dua lelaki ditahan gaduh luar restoran
Polis menahan dua lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di Ipoh selepas ia tular di media sosial pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan kerana isu pembayaran makanan.

Kenderaan Terbabas | Nash cedera langgar penghadang jalan
Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Seremban, pada Selasa. Vokalis kumpulan Lefthanded itu dengan nama sebenar Jamaludin Elias, 62 tahun, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Kompaun | Bukan tindakan menganiaya
Kompaun 1,500 ringgit terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi di Perak bukan untuk menganiayai mereka.

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apple Event 2021: Ini antara produk yang boleh kita jangkakan
Apa agaknya produk baharu yang akan diumumkan Apple dalam acara yang diadakan secara atas talian pada tahun ini?

AWANI Ringkas: Wujud ketidaksamaan dalam pembelian vaksin | PKPD di MTAQ Pulai Chondong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,341 kes, Sarawak tertinggi | Kompaun: Bukan tindakan menganiaya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Semua pihak perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan - MB Selangor
Selangor sentiasa berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan COVID-19 dengan melakukan saringan serta memantau kawasan panas.

Johor harap pertemuan PM-Hsien Loong bawa berita positif
Johor mengharapkan berita positif menerusi pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong.

Cucu bekas Menteri Besar Terengganu berbasikal jadi penghantar makanan
Kelibat seorang remaja perempuan yang berbasikal ketika menghantar makanan ditempah pelanggan sejak dua bulan lepas sering mencuri perhatian penduduk sekitar di sini.

Pematuhan SOP bazar Ramadan di Kedah mengecewakan - MB
Laporan daripada penguatkuasa PBT, berkaitan pematuhan SOP di bazar Ramadan di seluruh negeri Kedah, amat mengecewakan, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

'Kerjasama dengan UMNO hanya jika sokong buka balik Parlimen' - Guan Eng
Majlis Presiden PH telah pun mengambil pendekatan 'Khemah Besar' bagi menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik.

3,000 hektar hutan simpan Perak diceroboh - MB
Pencerobohan memberi kesan terhadap kawasan hutan di Perak yang seluas 1.01 juta hektar, atau 48 peratus daripada 2.11 juta hektar keluasan tanah negeri.

3,000 hektar hutan simpan di Perak diceroboh
Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNP) sudah membawa lima kes ke pendakwaan, manakala beberapa kes lain dalam siasatan.

Kerajaan Kedah beri insentif RM25,000 kepada Zii Jia, RM10,000 kepada Pearly Tan
Pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia akan menerima insentif bernilai RM25,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Ungkapan 'I'll be back' hanya gurauan, tidak termimpi mahu kembali - Faizal Azumu
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau tidak termimpi untuk kembali menerajui negeri itu selepas meletakkan jawatan pada 5 Disember tahun lalu.

Saya ikut skrip Allah sepenuhnya - MB Perak
Saarani menjelaskan sesiapa pun boleh menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkara itu yang kini tular di media sosial.