awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Ismail bidas mutu pengadilan lemah di final Piala Malaysia

Bernama
Bernama
27/10/2018
21:31 MYT
Tunku Ismail bidas mutu pengadilan lemah di final Piala Malaysia
Menurut Tunku Ismail, MFL mahu membawa pengadil dari luar negara untuk perlawanan penting, tetapi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh tidak bersetuju. - Gambar fail
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas mutu pengadilan yang lemah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Terengganu FC dan Perak di Stadium Shah Alam, di sini malam tadi.
Tunku Ismail yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyatakan rasa terkejut apabila mengetahui Suresh Jayaraman yang baginda sendiri tidak kenal telah ditugaskan untuk mengendalikan perlawanan tersebut.
Justeru, baginda bertitah adalah tepat pada masanya untuk MFL menggunakan khidmat pengadil luar negara mengendalikan perlawanan bola sepak yang penting di Liga Malaysia seperti yang diamalkan Liga Thailand pada masa ini.
"Inilah sebabnya MFL mahu membawa pengadil dari luar negara untuk perlawanan penting, tetapi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh tidak bersetuju.
"Subkhiddin katakan ia seperti memperkecilkan pengadil tempatan. Itu bukan sebabnya. Ini adalah kerana kita perlukan bantuan, anda boleh membaca artikel MFL sebelum ini," titah Tunku Ismail dalam beberapa catatan Twitter terbaharu baginda.
The referee for the Malaysia Cup final today is bad. I have never seen him and I am surprised why he was picked for the final. This is why MFL wants to bring in foreign referees for important matches. But the FAM referees committee chairman Subkhiddin Salleh did not agree [1/2]
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 27, 2018
Subkhiddin said it apparently belittles the local referees. It is not about that. This is because we need help, you can read MFL's previous articles. Even the Thai League has used foreign referees in important matches. We can take a similar initiative. [2/2]
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 27, 2018
Congratulations Perak for winning the 2018 Malaysia Cup. About the referee, MFL will look into it as this cannot be happening all the time. Malaysia needs better quality refereeing. Goodnight.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 27, 2018
Perak menjuarai Piala Malaysia buat kali kelapan selepas mengalahkan Terengganu FC 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas tamat masa perlawanan sebenar dan masa tambahan 30 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Liga Bola Sepak Malaysia
#Liga Malaysia
#MFL
#mutu pengadilan
#pengadil
#pengadil luar
#Perak
#perlawanan akhir
#Piala Malaysia
#stadium shah alam
#Subkhiddin Salleh
#Terengganu FC
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan